OLAHAN BERITA RADIO
Berita edisi 12 malam. Sumber berita dari Bernama. Program Tingkat Pencapaian Semua Sekolah Diperkenal. Berita sepenuhnya.
Program Memperbaiki Sekolah-sekolah telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bagi membantu meningkatkan tahap pencapaian kesemua 10,000 sekolah di seluruh negara.
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tumpuan program berkenaan adalah terhadap sekolah-sekolah yang tahap pencapaian mereka kurang memberangsangkan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata program ini dilaksanakan supaya tiada pihak yang membuat andaian Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) merupakan sekolah elit, dan Kementerian Pelajaran hanya hendak membantu 20 buah sekolah berkenaan.
Turut hadir dua Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi pada perhimpunan bulanan Kementerian Pelajaran di Putrajaya.
Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran juga bercadang memberikan imbuhan kepada pengetua, guru besar serta guru yang berjaya meningkatkan tahap pencapaian sekolah masing-masing menerusi program berkenaan, sama seperti yang diberikan kepada pentadbir sekolah itu di bawah SBT.
Tan Sri Muhyiddin juga berkata Bahagian Seni, Sukan dan Ko-Kurikulum Kementerian Pelajaran akan dirombak, bagi membolehkan aspek sukan diletakkan berasingan daripada yang lain, dalam usaha untuk memperkasakan sukan di sekolah-sekolah.
Beliau juga menggesa kakitangan Kementerian Pelajaran supaya mewujudkan satu sistem komunikasi yang lebih mantap dengan rakyat, ibu bapa dan pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai kepentingan terhadap sistem pendidikan negara dalam usaha memantapkan lagi bidang berkenaan.
Tuesday, March 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Olahan berita asal ke radio tidak tepat.
ReplyDeleteHanya kedengaran satu suara yakni Penyampai.
Kemahiran olahan ialah mempelbagaikan aspek bunyi. Contohnya, petikan ucapan Menteri, pemimpin pengiring, respons Guru Besar, Guru, Ibu Bapa, Murid, dan lagi...