Mohd Fairus keluar PKR, sertai Umno
Oleh Hussain Said dan Haspaizi Mohd Zain
KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin, malam tadi mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno.
"Atas dasar mempertahankan pegangan serta perjuangan agama, bangsa dan negara, saya mengumumkan penyertaan dalam Umno dan keluar PKR kerana hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang tidak konsisten dalam mempertahankan Islam," katanya.
Beliau mengumumkan demikian pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini.
Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada majlis itu berkata, sebagai Presiden Umno, beliau menerima Fairus dengan senang hati kerana tahu bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang itu mengambil keputusan atas dasar prinsip dan dasar, bukan kerana jawatan atau ganjaran.
Perdana Menteri berkata, beliau percaya Fairus sudah hilang kepercayaan kepada PKR yang gagal mempertahankan prinsip asas, iaitu memperjuangkan dan menaikkan martabat serta kesucian agama Islam.
"Saya percaya Fairus mempunyai keyakinan yang besar kepada perjuangan Umno dalam membela agama, bangsa dan negara.
"Malah, penyertaan Fairus adalah sesuatu yang bersejarah kerana beliau pemimpin kanan PKR yang pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri," katanya.
Sumber- Berita Harian.
Berita Radio
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang keluar PKR.
Berita jam 12 malam, sumber daripada Berita Harian, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin telah mengumumkan beliau keluar daripada parti PKR dengan menyertai parti UMNO. Beliau telah membuat kenyataan ini pada majlis kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada majlis itu telah berkata, sebagai Presiden Umno, beliau telah menerima Fairus dengan hati yang terbuka kerana tahu bekas Timbalan Ketua Menteri itu mengambil keputusan yang tepat atas dasar prinsip dan dasar, bukan kerana jawatan atau ganjaran. Beliau juga percaya Fairus juga sudah hilang kepercayaan kepada PKR yang gagal mempertahankan prinsip asas, iaitu memperjuangkan dan menaikkan martabat serta kesucian agama Islam telah membuat satu keputusan yang tepat.
Berita television
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang keluar PKR.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara berita utama 2 Mac, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengumumkan beliau telah keluar daripada parti Keadilan Rakyat (PKR) dan telah menyertai parti UMNO. Beliau telah membuat kenyataan ini pada majlis pejumpaan pemimpin tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada majlis ini juga, Perdana Menteri dalam ucapannya telah berkata, sebagai Presiden Umno, beliau telah menerima Fairus dengan hati yang terbuka kerana tahu bekas Timbalan Ketua Menteri itu mengambil keputusan yang tepat atas dasar prinsip dan dasar, bukan kerana jawatan atau ganjaran. Beliau juga percaya Fairus juga sudah hilang kepercayaan kepada PKR yang gagal mempertahankan prinsip asas dalam kepimpinan, iaitu memperjuangkan dan menaikkan martabat serta kesucian agama Islam telah membuat satu keputusan yang tepat.
International news
Ex Deputy Chief Minister of Pulau Pinang resign from PKR
Hello and very good evening. The headlines of 2nd of March, former Deputy Chief Minister of Penang was announced he was out of the Parti Keadilan Rakyat (PKR) and have joined the party UMNO. He made this statement on the highest council leaders meeting of Organization Silat Silat Malaysia with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. On this occasion also, the Prime Minister had said in his speech, as a Umno president, he has received with an open Fairus know as former Deputy Chief Minister to take decisions on the basis of principles and policies, not because the position or reward. He also believes Fairus also have lost faith in PKR failed to defend the basic principles of leadership, the struggle and raise the dignity and sanctity of Islam has made a correct decision.
gempak sial aku!!!yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
ReplyDeleteSudah dinilai.
ReplyDelete