Wanita Muda Mangsa Jangkitan H1N1
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) - Seorang wanita berusia 22 tahun mati Ahad lepas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana jangkitan berhubung Influenza A (H1N1).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata wanita itu dimasukkan ke HUSM pada 15 Feb lepas kerana mengalami demam dan batuk selama lapan hari.Mangsa telah mendapat rawatan di klinik swasta dan dirujuk terus ke HUSM pada hari yang sama.
Wanita itu disahkan sebagai jangkitan Influenza A (H1N1) pada 16 Feb dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat komplikasi jangkitan paru-paru keesokan hari."Pesakit meninggal dunia dua minggu kemudian dengan penyebab kematian dicatatkan sebagai 'septicemic shock with acute respiratory distress syndrome secondary to H1N1 infection'," Liow berkata dalam satu kenyataan.Sebelum ini, angka kematian tempatan akibat H1N1 ialah 77.
Liow berkata walaupun jangkitan Influenza A (H1N1) bagi kes itu dikatakan sebagai 'secondary', namun ia menunjukkan penularan H1N1 walaupun masih rendah boleh menyebabkan kematian jika rawatan awal tidak diambil."Walaupun kematian akibat jangkitan Influenza A (H1N1) tidak banyak berlaku pada masa ini, Kementerian Kesihatan ingin menegaskan penularan jangkitan itu masih aktif di Malaysia dan berharap masyarakat akan terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan bagi membendung penularan jangkitan di kalangan masyarakat," katanya.
SUMBER : BERNAMA
OLAHAN SIARAN BERITA RADIO
Wanita Muda Mangsa Jangkitan H1N1
Berita siaran 12 malam. Sumber berita dari Bernama.Wanita Muda Mangsa H1N1.Berita sepenuhnya.
Seorang lagi mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A (H1N1) menjadikan angka kematian tempatan menigkat kepada 77 orang. Wanita yang berusia 22 tahun tersebut meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)Kubang Kerian, Ahad lalu. Wanita itu disahkan dijangkiti Influenza H1N1 pada 16 Februari dan dimasukkan ke unit rawatan rapi akibat jangkitan pada paru-paru setelah mengalami batuk dan demam selama lapan hari.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan berkata mangsa telah mendapat rawatan di klinik swasta dan dirujuk ke HUSM sebelum disahkan meninggal dunia akibat jangkitan serius yang melemahkan system pernafasan akutnya.Liow turut berkata, walaupun jangkitan Influenza A (H1N1) bagi kes itu dikatakan sebagai 'tahap kedua', namun ia menunjukkan penularan H1N1 walaupun masih rendah boleh menyebabkan kematian jika rawatan awal tidak diambil.Beliau menasihatkan agar masyarakat terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan bagi membendung penularan jangkitan di kalangan masyarakat memandangkan jangkitan tersebut masih lagi aktif di Malaysia.
OLAHAN SIARAN BERITA TELEVISYEN
Wanita Muda Mangsa Jangkitan H1N1
Seorang lagi mangsa akibat jangkitan Influenza A (H1N1) dilaporkan meninggal dunia lalu mencatatkan peningkatan kematian kepada 77 orang setakat ini. Wanita berusia 22 tahun itu telah disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian ,Ahad lalu.Wanita tersebut dilaporkan telah mendapat rawatan di klinik swasta dan dirujuk ke HUSM dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat jangkitan pada paru-paru setelah mengalami batuk dan demam selama lapan hari.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataanya berkata, wanita tersebut meninggal dunia disebabkan jangkitan serius yang melemahkan system pernafasan akutnya.Beliau juga berkata, ,walaupun jangkitan Influenza A (H1N1) bagi kes itu dikatakan sebagai 'tahap kedua', namun ia menunjukkan penularan H1N1 walaupun masih rendah boleh menyebabkan kematian jika rawatan awal tidak diambil.Sebelum mengakhiri kenyataanya, beliau menasihatkan agar masyarakat terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan bagi membendung penularan jangkitan di kalangan masyarakat memandangkan jangkitan tersebut masih lagi aktif di Malaysia.
TELEVISION NEWS
Woman Latest H1N1 Death
Pilihan berita yang baik.
ReplyDeleteSudah dinilai.
ReplyDelete