Wednesday, March 3, 2010

nor khadijah bt abu bakar(cino)

Skuad Hoki Wanita Sasar Tiga Tempat Teratas Di Chile Untuk Layak Ke Argentina

SUMBER BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Skuad hoki wanita kebangsaan bakal berhadapan cabaran getir untuk menduduki tiga tempat teratas pada kejohanan kelayakan Piala Dunia Hoki Wanita di Chile pada Mei ini dalam misi mereka untuk layak ke pusingan akhir kejohanan Piala Dunia Hoki Wanita di Argentina pada Ogos.Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Wanita Malaysia (PHWM), Dr S.Shamala berkata Malaysia dijangka bertemu Australia, Ukraine, Scotland, Ireland dan tuan rumah pada kejohanan kelayakan di Santiago itu dari 25 April hingga 2 Mei.Pusingan akhir pula akan berlangsung di Rosario dari 29 Ogos hingga 11 September."Malaysia kini berada di tangga ke-22 dunia. Australia pula berada di ranking ke-5, Ireland (15), Chile (16), Ukraine (21) dan Scotland (23).Di atas kertas, ia agak sukar untuk Malaysia," katanya kepada Bernama Selasa.Beliau berkata kali terakhir skuad Malaysia layak menyertai kejohanan kelayakan ialah di Amiens, Peranchis pada 2001."Pada kejohanan tersebut, Malaysia meraih tempat ke-11 daripada 17 pasukan yang bertanding dan hanya tiga pasukan di tangga teratas layak ke pusingan akhir," katanya.Dr Shamala berkata Malaysia layak ke kejohanan kelayakan selepas menduduki tangga kelima pada kejohanan Piala Asia di Bangkok, Thailand yang berlangsung tahun lepas, sekaligus ia menduduki ranking ke-22 dunia.Beliau berkata antara pasukan yang telah menempah tiket ke Argentina ialah tuan rumah, Afrika Selatan, New Zealand, Belanda, Jerman, England, Sepanyol, China dan India.Dr Shamala berkata PHWM kini sedang menyenarai pendek pemain-pemain untuk ke Chile."Hanya 18 daripada 25 pemain yang berada dalam skuad kebangsaan sekarang yang akan dipilih ke Chile dan PHWM akan menghantar 18 pemain tersebut untuk terlebh dahulu menjalani latihan di Auckland, New Zealand dari 6 hingga 16 Mac," katanya.Pemain-pemain tersebut adalah di bawah kendalian jurulatih Yahya Atan, Nasihin Nubli, Rod Hanizam dan Ernawati Mahmud di mana mereka telah menjalani latihan sejak tahun lepas.Mereka telah mengadakan perlawanan persahabatan dua minggu lepas dengan sebuah kelab dari Korea Selatan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.Pada perlawanan tersebut, skuad kebangsaan memenangi lima perlawanan dan seri sekali.Skuad kebangsaan juga menurut Dr Shamala, akan beraksi dalam beberapa pertandingan lain tahun ini termasuk perlawanan ujian di China pada Jun, empat penjuru (Julai), Sukan Komanwel (Ogos) dan Sukan Asia (November



BERITA RADIO

Assalamualaikum dan salam sejahtera, berita jam 12 malam, perlawanan Piala Dunia Hoki Wanita di Chile bakal memberikan tamparah hebat kepada skuad hoki wanita kebangsaan untuk menduduki tiga tempat teratas pada kejohanan kelayakan Mei ini dalam misi mereka untuk layak ke pusingan akhir kejohanan. Skuad Malaysia layak ke kejohanan kelayakan selepas menduduki tangga kelima pada kejohanan Piala Asia di Bangkok, Thailand yang berlangsung tahun lepas, sekaligus ia menduduki ranking ke-22 dunia. antara pasukan yang telah menempah tiket ke Argentina ialah tuan rumah, Afrika Selatan, New Zealand, Belanda, Jerman, England, Sepanyol, China dan India. Malaysia kini berada di tangga ke-22 dunia. Australia pula berada di ranking ke-5, Ireland (15), Chile (16), Ukraine (21) dan Scotland (23). Pusingan akhir pula akan berlangsung di Rosario dari 29 Ogos hingga 11 September.


Berita television

Assalamualaikum dan salam sejahtera, berita jam 12 malam, perlawanan Piala Dunia Hoki Wanita di Chile bakal memberikan tamparah hebat kepada skuad hoki wanita kebangsaan untuk menduduki tiga tempat teratas pada kejohanan kelayakan Mei ini dalam misi mereka untuk layak ke pusingan akhir kejohanan. Skuad kebangsaan juga akan beraksi dalam beberapa pertandingan lain tahun ini termasuk perlawanan ujian di China pada Jun, empat penjuru (Julai), Sukan Komanwel (Ogos) dan Sukan Asia (November) .Skuad Malaysia layak ke kejohanan kelayakan selepas menduduki tangga kelima pada kejohanan Piala Asia di Bangkok, Thailand yang berlangsung tahun lepas, sekaligus ia menduduki ranking ke-22 dunia. antara pasukan yang telah menempah tiket ke Argentina ialah tuan rumah, Afrika Selatan, New Zealand, Belanda, Jerman, England, Sepanyol, China dan India. Malaysia kini berada di tangga ke-22 dunia. Australia pula berada di ranking ke-5, Ireland (15), Chile (16), Ukraine (21) dan Scotland (23). Pusingan akhir pula akan berlangsung di Rosario dari 29 Ogos hingga 11 September.



TELEVISION NEWS

Assalamualaikum, and very good evening, 2nd march, midnight sport news, Women's Hockey Squad Eyeing Top Three Spots in Chile to Earn World Cup Ticket. Malaysia are now ranked 22nd in the world. Australia are in fifth spot, Ireland (15), Chile (16), Ukraine (21) and Scotland (23). On paper though it will a difficult task for Malaysia," she told Bernama here on Tuesday. The World Cup Qualifiers will be held in Santiago, Chile from April 25 to May 2 while the World Cup finals hosted by Argentina will be held in Rosario, from Aug 20 to Sept 11. last time Malaysia earned a place to play in the Qualifiers for the World Cup was in Amiens, France back in 2001 but in that tournament Malaysia finished in 11th place from 17 participating teams and failed to qualify for the World Cup. Malaysia earned its ticket to the Qualifiers after finishing fifth in the Asia Cup in Bangkok, Thailand last year but whether Chile would be able to host the Qualifiers, especially after a major earthquake had struck the country three days ago, would be determined by the International Hockey Federation (IHF) soon. The World Cup Qualifiers will be held in Santiago, Chile from April 25 to May 2 while the World Cup finals hosted by Argentina will be held in Rosario, from Aug 20 to Sept 11 and among teams that have already qualified for the World Cup are Argentina, South Africa, New Zealand, Netherlands, Germany, England, Spain, China and India.

3 comments:

  1. Belajar satu idea satu perenggan. Kesianlah Penyampai ya.

    Ini berlaku di industri dan molek dibetuli sejak di kampus lagi.

    ReplyDelete