Tuesday, March 9, 2010

UiTM: Jangan abaikan hak kami.

(MPP Uitmbersama Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali)

by mohamad Izzat bin Ismail
2009219192

UiTM: Jangan abaikan hak kami.

SHAH ALAM:9 MAC-Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Uitm yang turut sama menghadiri Sidang Meja Bulat MEB anjuran Majlis Permuafakatan Melayu (MPM) di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) kelmarin, bertegas agar kerajaan melihat kembali mengenai pelaksanaan kerajaan supaya tidak terburu-buru mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) kerana bimbang ia bakal menimbulkan polemik dalam soal yang membabitkan hak serta kepentingan Melayu dan Bumiputera khususnya golongan mahasiswa UiTM.

Naib yang Dipertuanya Nasaruddin bin Ahmad berkata,perkara ini seharusnya diteliti dan dihalusi kerana masih ramai anak-anak muda melayu yang miskin dan kurang berkemampuan tidak dapat pembelaan yang seharusnya seperti menyambung pelajaran mahupun mendapat biasiswa ketika kerajaan mahu mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB)

MPP Uitm melalui persidangan tersebut turut membuat beberapa keputusan yang turut bakal diusulkan kepada Perdana Menteri antaranya mengekalkan subsidi bagi Uitm didalam sektor-sektor tertentu dan mengekalkan Uitm sebagai universiti untuk anak-anak bangsa melayu dan Bumiputra.

Sidang yang telah dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir itu turut dihadiri 86 pemimpin dan wakil anggota MPM.

Jika MEB itu tidak menjadikan Perkara 153 sebagai teras, kami kepimpinan pelajar Uitm akan sedia bertindak mengikut saluran yang betul jika ia tidak dipenuhi dan diharapkan kuota Melayu dan Bumiputera dalam sektor-sektor strategik masih terpelihara.

2 comments: