Wednesday, March 3, 2010

POLIS ISRAEL SERBU MASJID AL-AQSA


Polis Israel serbu Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS - Polis Israel mengaku menceroboh kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis untuk menyuraikan penunjuk perasaan Palestin.

Jurucakap polis Israel, Micky Resenfeld mendakwa penunjuk perasaan Palestin membaling batu ke arah pelancong yang mengunjungi kawasan masjid itu.

Tindakan tersebut memaksa polis Israel menyerbu masuk kawasan tapak suci itu dengan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 30 penunjuk perasaan bertopeng.

Tiada kecederaan dan penangkapan dibuat, kata Resenfeld.

Dalam kalangan penganut Yahudi, kawasan Masjid al-Aqsa dikenali sebagai Temple Mount, iaitu rumah ibadat pertama yang dibina Nabi Sulaiman untuk kaum Yahudi.

Tapak rumah ibadat itu kini menjadi kawasan Masjid al-Aqsa, tempat suci ketiga bagi penganut Islam.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan hasrat kerajaan untuk menyenaraikan dua makam purba di Tebing Barat sebagai tapak warisan kebangsaan.

Tindakan tersebut mencetuskan kemarahan penduduk Palestin dengan menyebabkan beberapa siri rusuhan dilancarkan ke atas pihak keselamatan Israel.

SUMBER : SINAR HARIAN


BERITA RADIO

POLIS ISRAEL SERBU MASJID AL-AQSA

Berita jam 12 malam, sumber daripada Sinar Harian, Polis Israel serbu Masjid Al-Aqsa. Berita sepenuhnya. Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis telah dicerobohi oleh polis Israel bagi menghentikan tunjuk perasaan oleh penduduk Palestin. Menurut Jurucakap polis Israel, Micky Resenfeld , penunjuk perasaan Palestin itu telah membaling batu ke arah para pelancong yang berkunjung ke kawasan masjid itu. Ekoran tindakan mereka itu, gas pemedih mata telah dilepaskan oleh polis Israel bagi menyuraikan kira-kira 30 orang penunjuk perasaan bertopeng. Resenfeld berkata, tiada kecederaan dan penangkapan dibuat.

BERITA TELEVISYEN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Antara berita utama 2 March. Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis telah dicerobohi oleh pihak polis Israel bagi menyuraikan tunjuk perasaan dikalangan penduduk Palestin. Dalam kejadian tersebut, Polis Israel telah bertindak memasuki masjid dan melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira 30 orang penunjuk perasaan bertopeng. Menurut jurucakap polis Israel, Micky Resenfeld , penunjuk perasaan Palestin itu telah membaling batu ke arah para pelancong yang berkunjung ke kawasan masjid itu. Namun begitu, tiada kecederaan dan penangkapan dibuat. Penganut Yahudi menganggap kawasan masjid yang dikenali sebagai Temple Mount merupakan tempat ibadat pertama untuk mereka tetapi kini menjadi tempat suci ketiga penganut Islam. Pengumuman oleh Perdana Menteri Israel untuk menyenaraikan dua makam purba di Tebing Barat sebagai tapak warisan telah mencetuskan kemarahan dan rusuhan ke atas pihak keselamatan Israel.

TELEVISION NEWS

Assalamualaikum and Good Evenings. Among the headlines 2 March, Al-Aqsa Mosque was trespassing by the Israel cops to disperse the demonstration among Palestine residents. In that incident, Israel cops entered the mosque and released the tear gas towards about 30 masked demonstrators. According to police spokesman, Micky Resenfeld, the demonstrators threw the stones towards the tourists that visited the mosque’s area. There was no injury and catch made. Jewish thought that the mosque’s area, Temple Mount is the religious place for them but now being the sacred place for Muslims. Announcement made by the Israel Prime Minister to list out two ancient mausoleum at the West Bank as the heritage site and had cause the fury and demonstration towards the Israel security.


BY :
HAZWANI HUSNA ZAINAL ABU
2009485286

2 comments:

  1. Ratusan tahun, saban hari, masyarakat dunia bertumpu kepada apa yang berlaku di negara ini.

    ReplyDelete