Tuesday, March 16, 2010

LEBIH 10 000 JURURAWAT DI PERLUKAN

Selangor, 15 Mac- Tugas jururawat kini menjadi satu profession yang amat penting dalam bidang perubatan di Malaysia. Profession ini, kini menjadi perhatian ramai pelajar lepasan sijil pelajaran malaysia dan sijil pelajaran tinggi malaysia. Baru-baru ini, kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan memerlukan lebih 10 000 orang jururawat yang mendapat latihan khusus daripada mana-mana institut pengajian tinggi.

Jururawat dikatakan satu profession yang dapat memberi khidmat penjagaan professional yang mana bertanggunjawab bagi keselamatan mereka yang sakit, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam semua bidang. Lebih 70 peratus jururawat di Malaysia ialah golongan wanita.

“Kebanyakkan jururawat datangnya dari golongan wanita kerana tugas jururawat itu sendiri memerlukan seorang yang bersifat keibuan. Namun keadaan ini berubah kerana sejak akhir-akhir ini lebih banyak golongan lelaki yang mula mencemburkan diri dalam profession sebagai jururawat”, menurut Cik Zamzaliza, seorang Koordinator dan Pensyarah Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan dari UITM.

Kewujudan pelbagai insitut kejururawatan seperti institut kesihatan sains dan kejururawatan pantai dan kolej mahsa dapat memberikan latihan praktikal dan mebantu jururawat untuk berfikir secara kritikal lalu membuat keputusan secara kritis dan kreatif. Menurut beliau lagi, “UITM juga ada menyediakan kursus kejururawatan yang mana mengunakan Bahasa Ingeriss sebagai penghantar dan subjek-subjek kurikulum yang dapat membentuk pelajar berfikiran secara kreatif dan juga kritis”.

VIDEO TEMUBUAL BERSAMA PENSYARAH SARJANA MUDA KEJURURAWTAN AKAN MENYUSUL KEMUDIAN

1 comment: