Berita Jam 8 malam. Sumber berita daripada Berita Harian. Perintah berkurung di Chile. Berita sepenuhnya
Polis terpaksa menguatkuasakan perintah berkurung bagi mengawal kegiatan mencuri di bandar raya Chile yang dilanda gempa bumi, semalam. Presiden Michelle Bachelet telah menandatangani dokumen dan memberi pihak tentera kuasa menjaga keselamatan di wilayah Concepcion dan Maule dan mengumumkan perintah berkurung antara 9 malam hingga 6 pagi bagi semua pekerja bukan kecemasan. Beliau berjanji penghantaran segera makanan dan air serta memberi perlindungan kepada beribu-ribu mangsa yang kini berlindung sementara di dalam khemah di kawasan terbuka. Beliau juga menyeru masyarakan antarabangsa untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada Chile. Chile digegarkan dengan gempa bumi berukuran 8.8 skala Richter yang mengorbankan sekurang-kurangnya 708 orang dan menyebabkan kerosakan teruk 500,000 rumah setakat ini.
MOHAMAD HAFIZ FAZRE B ABD WAHID
2009416918
Olahan berita untuk Radio hanya selapis, yakni kedengaran satu suara sahaja, yakni Penyampai.
ReplyDeleteTingkatkan daya olahan berita Anda untuk Radio ya dengan memperkayakan aspek audio.