Tuesday, March 2, 2010

Program Tingkat Pencapaian Semua Sekolah Diperkenal (BERITA TELEVISYEN)

Program Tingkat Pencapaian Semua Sekolah Diperkenal.

Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Program Memperbaiki Sekolah-sekolah bagi membantu meningkatkan tahap pencapaian kesemua 10,000 sekolah di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata program ini dilaksanakan supaya tiada pihak yang membuat andaian Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) merupakan sekolah elit, dan Kementerian Pelajaran hanya hendak membantu 20 buah sekolah berkenaan. Tambahnya lagi, terdapat 10,000 buah sekolah di negara ini yang harus diberi perhatian.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengetua, guru besar dan guru-guru memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan prestasi sekolah. Mereka ini akan diberikan imbuhan dan insentif kerana mereka terbukti berjaya meningkatkan kecemerlangan sekolah masing-masing dan berhak mendapat imbuhan itu.

Beliau juga menggesa kakitangan Kementerian Pelajaran supaya mewujudkan satu sistem komunikasi yang lebih mantap dengan rakyat, ibu bapa dan pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai kepentingan terhadap sistem pendidikan negara dalam usaha memantapkan lagi bidang berkenaan.

1 comment: