Tuesday, March 2, 2010

Internet Bakal Ditapis (Berita Radio)

KUALA LUMPUR 1 Mac - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah memberi bayangan bahawa akan berlakunya penapisan Internet, media dan komunikasi bagi membendung hakisan tamadun dan budaya tempatan.

Menurut beliau Internet tidak boleh dibiarkan sepenuhnya, ianya haruslah sentiasa dipantau dan dikawal.

Beliau juga menyatakan bahawa aplikasi seperti Facebook dan Twitter tidak boleh diterima bulat-bulat. Ini adalah kerana aplikasi tersebut telah menyebabkan kanak-kanak leka sehingga mereka lupa akan tanggungjawab mereka yang lain.

Aktiviti yang dilakukan di dalam internet seperti menulis blog dan melayari internet tanpa kawalan dan tanggungjawab akan membantutkan usaha dalam membina negara dan tamadun yang murni.

Beliau menyifatkan rakyat negara ini sebagai dayus jika mereka mengatakan bahawa Internet itu bebas dan tidak boleh ada sekatan sedangkan pendedahan unsur lucah dan keganasan di kalangan generasi muda kini semakin teruk. Beliau berkata demikian ketika ditemu ramah secara langsung melalui program "Soal Jawab" di TV3 semalam.



1 comment:

  1. Olahan berita untuk Radio hanya selapis, yakni kedengaran satu suara sahaja, yakni Penyampai.

    Boleh dipetik umpamanya ucapan Menteri.

    Reaksi dan respons Pengguna.

    Tingkatkan daya olahan berita Anda untuk Radio ya dengan memperkayakan aspek audio.

    ReplyDelete