Tan kesal kepemimpinan parti sanggup korban maruah
KUALA LUMPUR: Kecewa dengan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tunduk kepada DAP, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng semalam mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas, berkuat kuasa serta-merta.
Tan berbuat demikian kurang 15 jam selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno, kelmarin.
Tan yang baru lima hari lalu dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan mempertikaikan kepemimpinan PKR, kini menyerahkan kepada keadaan untuk menentukan masa depan politiknya.
Beliau mendakwa tindakannya juga didorong pembunuhan karakter dilakukan terhadapnya oleh sebilangan pemimpin PKR.
"Sejak 8 Mac 2008, saya amat kecewa, sedih dan keliru kerana harapan baru kepada PKR sebagai parti yang berlandaskan kebenaran, layanan adil kepada rakyat, telus dan kepemimpinan berwibawa tidak pernah muncul, sebaliknya mendapati slogan itu satu mitos dan politik dongeng.
"Saya juga kesal dengan sikap kepemimpinan PKR yang sanggup mengorbankan maruah dan prinsip parti hanya kerana mahu impian ke Putrajaya tercapai dan tidak sanggup tunduk kepada sikap diktator serta cara kerja Guan Eng yang angkuh dan melampau serta langsung tidak boleh menerima teguran atau kritikan.
"Guan Eng cuba menjadikan kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan milik keluarganya," katanya yang membacakan kenyataan lima muka surat pada sidang media di sini, semalam.
Rabu lalu, Tan dikenakan tindakan disiplin kerana mengeluarkan kenyataan terbuka mengkritik Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan mempertikaikan kedudukan Dr Syed Husin Ali selaku Timbalan Presiden PKR.
Hubungan antara pemimpin pembangkang di Pulau Pinang mulai dingin selepas Tan mengkritik kepemimpinan Guan Eng yang disifatkan tidak mempunyai kelas dan tidak melayan rakan komponen parti secara baik.
Pada Pilihan Raya Umum lalu, Tan mengalahkan Datuk Zainal Abidin Osman (Barisan Nasional) dengan majoriti 3,087 undi.
Ketika ini, PKR mempunyai 29 kerusi di Dewan Rakyat, DAP (28), Pas (23) dan tiga Ahli Parlimen Bebas.
Tan berkata, beliau tidak nampak bila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melupakan impiannya untuk menduduki kerusi Perdana Menteri di Putrajaya.
"Ketaksuban beliau untuk menjadi Perdana Menteri bukan saja mengorbankan rasa bangga dan jatidiri ahli, malah menyebabkan kekecewaan di kalangan penyokong PKR dan pakatan pembangkang," katanya.
Dalam pada itu, Tan mengesahkan beliau tetap akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng; Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berhubung kenyataan mereka beliau mencampuri urusan proses tender terbuka di Pulau Pinang.
sumber:Berita Harian.
Berita Radio
Berita jam 12am.Sumber dari Berita Harian.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng semalam mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas, berkuat kuasa serta-merta.
Tan berbuat demikian kurang 15 jam selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno, kelmarin.
Tan yang baru lima hari lalu dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan mempertikaikan kepemimpinan PKR, kini menyerahkan kepada keadaan untuk menentukan masa depan politiknya.
Beliau mendakwa tindakannya juga didorong pembunuhan karakter dilakukan terhadapnya oleh sebilangan pemimpin PKR serta kecewa kerana sepatutnya parti itu berlandaskan kebenaran dan layanan adil kepada rakyat.
Rabu lalu, Tan dikenakan tindakan disiplin kerana mengeluarkan kenyataan terbuka mengkritik Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan mempertikaikan kedudukan Dr Syed Husin Ali selaku Timbalan Presiden PKR.
Hubungan antara pemimpin pembangkang di Pulau Pinang mulai dingin selepas Tan mengkritik kepemimpinan Guan Eng yang disifatkan tidak mempunyai kelas dan tidak melayan rakan komponen parti secara baik.
Pada Pilihan Raya Umum lalu, Tan mengalahkan Datuk Zainal Abidin Osman (Barisan Nasional) dengan majoriti 3,087 undi.
Dalam pada itu, Tan mengesahkan beliau tetap akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng; Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berhubung kenyataan mereka beliau mencampuri urusan proses tender terbuka di Pulau Pinang
Berita televisyen
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Antara berita utama 2 Mac., Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng semalam mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas, berkuat kuasa serta-merta.
Tan berbuat demikian kurang 15 jam selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno, kelmarin.
Tan yang baru lima hari lalu dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan mempertikaikan kepemimpinan PKR, kini menyerahkan kepada keadaan untuk menentukan masa depan politiknya.
Beliau mendakwa tindakannya juga didorong pembunuhan karakter dilakukan terhadapnya oleh sebilangan pemimpin PKR.
Tambahan beliau Sejak 8 Mac 2008 beliau amat kecewa, sedih dan keliru dengan harapan baru PKR sebagai parti yang berlandaskan kebenaran, layanan adil kepada rakyat, telus dan kepemimpinan berwibawa itu sebenarnya tidak pernah muncul, sebaliknya mendapati slogan itu satu mitos dan politik dongeng.
Selain itu beliau juga kesal dengan sikap kepemimpinan PKR yang sanggup mengorbankan maruah dan prinsip parti hanya kerana mahu impian ke Putrajaya tercapai dan tidak sanggup tunduk kepada sikap diktator serta cara kerja Guan Eng yang angkuh dan melampau serta langsung tidak boleh menerima teguran atau kritikan.
Beliau mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng cuba menjadikan kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan milik keluarganya pada sidang media di sini, semalam.
Rabu lalu, Tan dikenakan tindakan disiplin kerana mengeluarkan kenyataan terbuka mengkritik Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan mempertikaikan kedudukan Dr Syed Husin Ali selaku Timbalan Presiden PKR.
Hubungan antara pemimpin pembangkang di Pulau Pinang mulai dingin selepas Tan mengkritik kepemimpinan Guan Eng yang disifatkan tidak mempunyai kelas dan tidak melayan rakan komponen parti secara baik.
Untuk rekod,pada Pilihan Raya Umum lalu, Tan mengalahkan Datuk Zainal Abidin Osman dari Barisan Nasional dengan majoriti 3,087 undi.Ketika ini di Pulau Piang parti,PKR mempunyai 29 kerusi di Dewan Rakyat, DAP (28), Pas (23) dan tiga Ahli Parlimen Bebas.
Tan juga berkata, beliau tidak nampak bila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melupakan impiannya untuk menduduki kerusi Perdana Menteri di Putrajaya. Ini kerana jelasnya, ketaksuban beliau untuk menjadi Perdana Menteri bukan saja mengorbankan rasa bangga dan jatidiri ahli, malah menyebabkan kekecewaan di kalangan penyokong PKR dan pakatan pembangkang.
Dalam pada itu, Tan mengesahkan beliau tetap akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng; Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berhubung kenyataan mereka beliau mencampuri urusan proses tender terbuka di Pulau Pinang.
Tan Beng quits PKR.
Hello and very good morning.The headline of 2nd of Mac.Another member of parliament from Parti Keadilan Rakyat (PKR) Penang quit the party yesterday after claiming to have lost confidence and trust in PKR's leadership and its struggles.
Announcing his decision during a press conference at a hotel here yesterday, Tan read out a prepared statement which detailed his discontent with the party that had the party strayed from its intended purpose of serving the people.
Meanwhile, Tan, who is the second PKR MP to quit the party after Bayan Baru's Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, who resigned on Feb 12, said PKR was more concerned about making their leader Datuk Seri Anwar Ibrahim the prime minister rather than serving the rakyat.
He also said that the PKR leadership's willingness to sacrifice the honour and principles of the party solely to realise their dream of sitting comfortably in Putrajaya. The PKR leadership also are willing to be blind to the problems faced by Penang PKR due to Lim's arrogance. They are willing to cover up the DAP secretary-general's weaknesses at all cost.
The outspoken member of parliament was accompanied by former PKR secretary-general and party strategist Datuk Salehuddin Hashim at the press conference. Previously seen as one of PKR's up-and-coming young parliamentarians, Tan said yesterday that Anwar was so obsessed in becoming the prime minister that he readily sacrificed anything that crossed his path, including the party's pride and its members' trust.
Pemilihan berita yang baik. Terutama minat dari kalangan partinya, parti lawan, dan pemerhati politik tanahair.
ReplyDeleteSudah dinilai.
ReplyDelete