Tuesday, March 2, 2010

NORENA 2009400786

Hanya Bekalan Ikan Import Berkurangan Hari Ini - Noh Omar (berita asal/original)

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar Selasa memberi jaminan bahawa bekalan ikan di pasaran mencukupi kerana hanya bekalan ikan segar diimport dari Thailand dan Indonesia sahaja yang berkurangan.

Sambil meminta pengguna tidak panik, beliau berkata mereka mempunyai pilihan untuk membeli ikan tempatan kerana Malaysia menghasilkan 70 peratus bekalan ikan segar dan bakinya diiimport dari negara jiran.

"Hari ini, memang tiada bekalan ikan segar diimport dari Indonesia ekoran pengimport dan pemborong ikan enggan menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) kerana berpendapat penggunaan KIBFG akan meningkatkan kos sekali gus menaikkan harga ikan di pasaran," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke Pasar Borong Kuala Lumpur bersama-sama anggota penguatkuasa Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) awal pagi Selasa.

Noh berkata sebuah jawatankuasa sudah ditubuhkan bagi memantau masalah terutama kenaikan harga ikan sekiranya berlaku kekurangan di pasaran akibat tindakan boikot berkenaan.

Menurutnya penggunaan KIBFG diperkenalkan sejak 2006 dan ia akan dikuatkuasakan secara berperingkat mulai hari ini sehingga 1 Nov tahun ini dan bukannya dibuat secara mendadak.

"Selain dikuat kuasa secara berperingkat, kementerian juga memberi subsidi terhadap penggunaan KIBFG, berjumlah kira-kira RM2.4 juta secara keseluruhan.

"Tapi, nampaknya pengimport dan pemborong ikan masih tidak berpuas hati dengan membangkitkan pelbagai isu berkaitan penggunaan KIBFG," katanya.

Antara isu-isu ditimbulkan oleh pengimport dan pemborong ikan ialah harga KIBFG, penggunaannya menjejaskan kesegaran ikan dan mengapa hanya sebuah pengilang sahaja yang membuat KIBFG.

Sebagai jalan penyelesaian, beliau berkata kementerian telah pun bertolak ansur dengan mereka dengan memberi kelonggaran terhadap beberapa masalah yang dibangkitkan mereka seperti pengimport ikan bebas memilih pengilang membuat KIBFG untuk mendapat harga berpatutan.

Noh berkata dakwaan pengimport ikan bahawa hanya terdapat satu pengilang adalah tidak benar kerana sekarang terdapat empat buah pengilang membuat KIBFG.

"Semalam, saya telah pun berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan wakil pengimport ikan-ikan dari Indonesia dan hari ini saya akan berjumpa dengan wakil pengimport ikan-ikan dari Thailand untuk membincangkan isu penggunaan kotak ikan ini," katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan seorang anggota Pemuda Gerakan Wilayah Persekutan bahawa wujud penyelewengan dalam penggunaan KIBFG. -- BERNAMA





BERITA TELEVISYEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berita utama 2 Mac, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi jaminan bahawa bekalan ikan di pasaran mencukupi kerana hanya bekalan ikan segar diimport dari Thailand dan Indonesia sahaja yang berkurangan. Menurut beliau, sebuah jawatankuasa sudah ditubuhkan bagi memantau masalah terutama kenaikan harga ikan sekiranya berlaku kekurangan di pasaran akibat tindakan boikot berkenaan. Datuk Seri juga telah melakukan satu perjumpaan dengan wakil-wakil pengimport dari Indonesia kelmarin dan akan berjumpa dengan pengimport dari Thailand pada hari ini ekoran isu KIBFG ini. Malahan, beliau telah meminta semua pihak tidak berasa panic berikutan dengan kejadian ini. Datuk Seri juga menafikan dakwaan seorang anggota Pemuda Gerakan Wilayah Persekutan bahawa wujud penyelewengan dalam penggunaan KIBFG.

BERITA RADIO

Berita jam 12 malam. Sumber berita daripada Bernama. Hanya Bekalan Ikan Import Berkurangan Hari Ini. Berita sepenuhnya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi jaminan bahawa bekalan ikan di pasaran mencukupi kerana hanya bekalan ikan segar diimport dari Thailand dan Indonesia sahaja yang berkurangan. Beliau meminta semua pihak tidak panik berikutan isu ini. Menurut beliau, sebuah jawatankuasa sudah ditubuhkan bagi memantau masalah terutama kenaikan harga ikan sekiranya berlaku kekurangan di pasaran akibat tindakan boikot berkenaan. Menurutnya lagi, ekoran isu keenganan pemborong ikan menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG), satu perjumpaan telah dilakukan dengan wakil-wakil pengimport dari Indonesia kelmarin dan akan berjumpa dengan pengimport dari Thailand pada hari ini. Datuk Seri juga menafikan dakwaan seorang anggota Pemuda Gerakan Wilayah Persekutan bahawa wujud penyelewengan dalam penggunaan KIBFG.

Television News (translated)

Hello and good evening. The headlines of 2nd of March, Agriculture and Agro-based Industry Minister today gave an assurance that there is no shortage of fish in the market. Datuk Seri Noh Omar calling on consumers not to panic. He adds, a committee had been sent up to monitor the increase in fish prices as there were a shortage in the market resulting from the boycott. Among the issues were that the boxes were expensive, that the use of the boxes would affect the freshness of the fish and that only one manufacturer was producing the boxes. Noh also met representatives of fish importers from Indonesia yesterday and would meet those from Thailand today to discuss the matter. He also refuted an allegation by a Federal Territory Gerakan Youth member that there were irregularities in the use of the boxes



BY:
NORENA ABDUL KARIM ZAMRI (2009400786)


1 comment:

  1. Ikan, keperluan asas masyarakat kita. Kandungannya molek dilihat akan nilainya. Sila perbetul kedudukan tajuk dan byline, ya.

    ReplyDelete