Tuesday, March 9, 2010

Perkhidmatan Bas Waktu Puncak Menyesakkan... (berita penuh)

SHAH ALAM - Ramai penduduk telah mengadu mengenai perkhidmatan bas awam yang disediakan oleh RapidKL di sekitar kawasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini, khususnya ketika waktu puncak antara pukul 7 hingga 9 pagi dan antara pukul 5 hingga 7 petang. Aduan ini dibuat kerana terdapat beberapa perkara yang telah dilakukan oleh pemandu-pemandu bas RapidKL tersebut yang menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan pengguna-pengguna jalan raya serta pengguna bas ini.

Menurut beberapa pemandu kereta yang sering menggunakan jalan di kawasan ini, bas-bas ini sering dipandu dengan cara yang berbahaya. Mereka merasakan bahawa pemandu-pemandu bas RapidKL ini tidak peduli akan keperluan mematuhi peraturan jalan raya. "Misalnya apabila di bulatan, pemandu-pemandu bas membelok dengan sesuka hati kerana hendak cepat mengambil penumpang," kata seorang pemandu kereta yang enggan dikenali. Di samping itu, keadaan jalan yang sempit, khususnya di dalam kawasan UiTM tidak membantu keadaan.

Bilangan bas RapidKL yang banyak juga menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas yang saban kali berlaku di kawasan ini. "Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila di perhentian bas. Lebih 3 hingga 4 buah bas akan berada di sana serentak. Kesesakan menjadi semakin teruk." kata seorang lagi pemandu lori yang enggan dikenali.

Pengguna-pengguna bas ini juga mengadu tentang perkhidmatan bas ini. Kebanyakkan daripada mereka adalah pelajar UiTM. Mereka mengadu bahawa pemandu-pemandu bas ini mengingkari peraturan berkaitan had penumpang yang sepatutnya berada di dalam bas pada satu-satu masa."Pemandu-pemandu ini terus menyumbat para penumpang dengan sewenang-wenangnya sehingga keadaan menjadi seperti tin sardin," kata Budiman Abdul Mutalib, 22, pelajar Fakulti Kejuruteraan. Ini adalah satu perbuatan yang bukan menyebabkan rasa kurang selesa di kalangan pelajar, malahan turut membahayakan juga.

Mohd. Fairusredzuan bin Noor Azman
2009481854
mc23s4b

2 comments: