Wednesday, March 31, 2010

WAJARKAH PARLIMEN HULU SELANGOR DIKEMBALIKAN SEMULA KEPADA BARISAN NASIONAL DENGAN BERLANDASKAN SEMANGAT 1 MALAYSIA

BN bangkit tawan Hulu Selangor

Pilihan raya kecil bahagian Hulu Selangor akan diadakan pada waktu terdekat, hal ini berikutan wakil PKR Dr Zainal Abidin Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Mac lau. Beliau 71, menghidap penyakit barah otak dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka di Jalan Cheras-Kajang.




Pemergian beliau mendatangkan spekulasi kepada banyak pihak ahli politik mengenai siapakah yang layak untuk menggantikan tempat beliau. Pihak Barisan Nasional mahupun MIC kini bergelut untuk mendapatkan kerusi tersebut. Kedua-dua parti tersebut dipercayai mula menyusul untuk menempatkan wakil bagi mendapatkan jawatan sebagai pengganti kepada Allahyarham.




BN meletakkan Muhammad Taib Muhammad untuk bertanding bagi jawatan tersebut disebabkan kekuatan yang beliau punyai sebagai bekas Menteri Besar Selangor. Manakala Samy Vellu dengan tegasnya berusaha untuk mendapatkan kerusi parlimen dengan meletakkan orang beliau,G. Palanivel untuk mendapatkan kawasan Hulu Selangor.




Keadaan kini menjadi semakin panas. Namun wajarkah Parlimen Hulu Selangor berada dalam cengkaman PKR? BN? ataupun MIC?




PKR yang sebelumnya di wakili oleh Allahyarham Dr Zainal dapat dilihat seperti tidak dapat melakukan apa-apa perubahan kepada kawasan tersebut. Sedangkan kebanyakkan rakyat tempatan mahukan sedikit anjakan paradigma bagi mejana sistem ekonomi dan kemasyarakatan yang harmoni.




Oleh yang demikian, Barisan Nasional bangkit untuk mengubah phenomena itu. Dengan berbekalkan semangat Satu Malaysia, kawasan Hulu Selangor sepatutnya dikembalikan semula kepada pihak Barisan Nasional. Propaganda Satu Malaysia seharusnya diadaptasikan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan agar ia serap dan tersemat di hati kalangan masyarakat tempatan.




Hal yang demikian adalah berikutan kebanyakkan penduduk Hulu Selangor adalah berbangsa Cina. Oleh yang demikian, dengan berbekalkan semangat Satu Malaysia yang dipegang oleh BN kami percaya, ia dapat membantu untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum yang harmoni dan aman sepanjang zaman.







FATIN MOHAMAD YUNUS




2009431686

No comments:

Post a Comment