Wednesday, March 3, 2010

CINTAHAILFI ABD HAIL (2009835124)

Lebih 200,000 pencarum Perkeso terima kenaikan pencen

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan kadar pencen antara 0.6 peratus dan 11.3 peratus kepada 206,585 orang penerima pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, ketika mengumumkannya, berkata pembayaran pencen baru itu akan bermula 1 April ini.

Beliau berkata, ia adalah kadar tertinggi dalam sejarah Perkeso dan membabitkan kos tambahan RM66.4 juta setahun.
Katanya, kenaikkan itu yang berkuatkuasa 1 Januari 2008 turut mengambil kira tahap Indeks Harga Pengguna.

"Tunggakan akan dibayar dari tarikh berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008 sehingga tarikh kadar bayaran baru ini diluluskan," katanya pada majlis penyampaian pencen Perkeso di sini.

Dr Subramaniam berkata, jumlah tunggakan bayaran pencen berikutan penyelarasan bagi tempoh 1 Januari 2008 hingga 31 Mac 2010 adalah berjumlah RM142.4 juta.
Katanya, bilangan penerima seramai 206,585 orang itu membabitkan melibatkan penerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) serta orang berinsurans yang sedang menerima pencen Penakat dan Ilat dari Perkeso pada atau sebelum 31 Disember 2007.

Beliau yakin menerusi penyelarasan kadar pencen baru oleh Perkeso, ia dapat membantu meringankan bebanan penerima pencen Perkeso.


"Dari semasa ke semasa, kajian berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan penyesuaian kadar bayaran pencen dilaksanakan agar penerima faedah tersebut berada pada tahap ekonomi semasa serta dapat menampung kos sara hidup yang meningkat," katanya.

Beliau berkata, Perkeso sentiasa memainkan peranan aktif dalam menjaga kebajikan pencarumnya menerusi dua skim keselamatan sosial yang ditadbirkan olehnya iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
"Menerusi kedua-dua skim ini, Perkeso menyediakan faedah bayaran jangka panjang kepada pencarumnya yang menerima faedah hilang upaya kekal berkala dan faedah Pencen Ilat.

"Bayaran jangka panjang ini disediakan bagi memastikan kebajikan penerima kedua-dua jenis bayaran tersebut sentiasa terpelihara dan terjamin," katanya.

Pada majis itu, Dr Subramaniam turut menyampaikan faedah dan alat pemulihan kepada 25 orang penerima faedah terdiri daripada penerima faedah Hilang Upaya Sementara, Hilang Upaya Kekal dan Pencen Penakat yang membabitkan bayaran sebanyak RM365,000. - Bernama

SUMBER: BERITA HARIAN



Olahan Siaran Berita Radio

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berita jam 12 malam. Sumber Berita Harian. Perkeso naik kadar pencen tertinggi dalam sejarah. Berita selanjutnya.

Kerajaan telah mengumumkan kadar kenaikan tertinggi dalm sejarah Perkeso sebanyak 0.6 hingga 11 peratus. Seramai 206,585 penerima telah diumumkan oleh Datuk Dr S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. Penyesuaian kadar bayaran pencen ini dilaksanakan agar penerima faedah itu berada pada tahap ekonomi semasa serta membantu memelihara kebajikan penerima tersebut. Pembayaran akan mula dibuat mulai 1 April ini termasuk tunggakan berjumlah RM142.4 juta.


Olahan Siaran Berita Televisyen

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara berita utama 2 Mac, Perkeso naik kadar pencen tertinggi dalam sejarah.

Kerajaan telah menaikkan kadar kenaikan bayaran pencen tertinggi dalam sejarah Perkeso, itu antara 0.6 hingga 11.3 peratus. Seramai 206,585 penerima faedah pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah diumumkan dalam satu majlis oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Menurut beliau, pencen baru yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2008 membabitkan perbelanjaan tambahan RM66.4 juta setahun, dan pembayaran kepada semua penerima akan dibuat mulai 1 April ini termasuk tunggakan berjumlah RM142.4 juta. Kenaikan itu dilakukan berpandukan Indeks Harga Pengguna semasa.

Bilangan penerima itu membabitkan melibatkan penerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) serta orang berinsurans yang sedang menerima pencen Penakat dan Ilat dari Perkeso pada atau sebelum 31 Disember 2007.

Tambahan lagi, beliau yakin menerusi penyelarasan kadar pencen baru oleh Perkeso, ia dapat membantu meringankan bebanan penerima pencen Perkeso serta memastikan kebajikan penerima terpelihara dan terjamin.

Television News

Hello and good evening. The headline for 2nd of March, Perkeso announced highest pension rate in its history.

The Government has announced the increase of rate in pension payments between 0.6 to 11.3 per cent, which is the highest in Perkeso history. A total of 206,585 beneficiaries of pensions Social Security Organization (Perkeso) were announced in a ceremony by the Human Resources Minister, Datuk Dr S. Subramaniam.

According to the Minister, the new pension which has been around since January 1, 2008 involved additional expenditure RM66.4 million a year. Payments to all recipients will be made starting from 1 April includes arrears amounting to RM142.4 million.

The raise in the modification process is based on the Consumer Price Index. Number of recipients involves periodic payments involving recipients Permanent Disability Benefits (FHUK) and Benefit Dependent Persons (FOT) and those who were insured while receiving Invalidity pension and Penakat from Perkeso on or before December 31, 2007.

In addition, he is confident that through coordination by the new pension rates of Perkeso, these can help to ease the burden of pension recipients and thus ensure the welfare of Perkeso recipients are well taken care of.

2 comments: