Wednesday, March 3, 2010

Marlina Amir Hamzah 2009268412

Maut dirempuh pesawat mainan kawalan jauh

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan maut apabila kepalanya dirempuh pesawat mainan kawalan jauh di kawasan lapang di Bandar Saujana Putera, Banting, dekat sini, kelmarin.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika, Musthafa Osman, 48, bermain permainan itu bersama rakannya yang juga seorang ahli perniagaan berusia 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata pesawat itu dikatakan mengalami masalah teknikal dan gagal dikawal rakannya sebelum terjunam dan mengenai kepala mangsa yang mencangkung di kanan rakannya itu.

"Mangsa yang cedera parah di kepala dikejarkan ke Hospital Putrajaya sebelum meninggal dunia kira-kira jam 3 petang," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, polis sudah merakamkan keterangan rakan mangsa yang mendakwa mempunyai 10 tahun pengalaman bermain permainan itu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, denda atau kedua-duanya.

Di IPOH, anak sulung mangsa, Ridzuan, 24, berkata bapanya yang tinggal di Seri Muda, Shah Alam, sejak awal pagi sudah bersiap untuk menyertai rakannya bermain permainan itu.

"Ketika ayah sibuk memasang dan memeriksa kapal terbang miliknya, sebuah pesawat dipercayai

milik rakannya hilang kawalan dan melanggar belakang kepala ayah.

"Hentakan kuat itu menyebabkan ayah terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya," katanya yang ditemui di rumah datuknya di Rapat Setia, semalam.

Katanya, bapanya koma selama enam jam sebelum meninggal dunia kerana kecederaan dalaman di kepala dan bengkak di bahagian otak.

"Saya tidak sempat menemui ayah kerana sebelum kejadian, ayah yang memiliki syarikat jurutera terpaksa keluar daerah di Kelantan selama 10 hari.

"Sebaik ayah pulang ke rumah Ahad lalu, awal-awal pagi ayah sudah sibuk bersiap untuk menyertai rakannya bermain permainan itu," katanya.

Berikutan kejadian itu, Rudzuan terpaksa menunda pendaftaran kemasukan ke Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur, April ini.

Musthafa meninggalkan seorang balu, Rohizah Osman, 42, dan tiga lagi anak berusia 23, 19 dan 15 tahun.

Ridzuan berkata, sebelum kejadian, bapanya tidak menunjukkan apa-apa kelainan, kecuali membeli bantal serta tilam baru.

"Saya tidak menyangka itu petanda ayah akan meninggalkan kami untuk selama-lamanya," katanya.

Jenazah Musthafa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu, Sungai Rapat selepas solat Zohor, semalam.

Olahan Siaran Berita Radio

Berita jam 12 malam. Assalamualaikum dan salam 1malaysia. Sumber berita dari Berita Harian. Seorang ahli perniagaan maut apabila kepalanya dirempuh pesawat mainan kawalan jauh di kawasan lapang di Bandar Saujana Putera, Banting. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika, Musthafa Osman, 48, bermain permainan itu bersama rakannya yang juga seorang ahli perniagaan berusia 49 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata pesawat itu dikatakan mengalami masalah teknikal dan gagal dikawal rakannya sebelum terjunam dan mengenai kepala mangsa yang mencangkung di kanan rakannya itu. Beliau berkata, polis sudah merakamkan keterangan rakan mangsa yang mendakwa mempunyai 10 tahun pengalaman bermain permainan itu.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, denda atau kedua-duanya.

Olahan Berita Televisyen

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara berita utama 2 March, Seorang ahli perniagaan maut apabila kepalanya dirempuh pesawat mainan kawalan jauh di kawasan lapang di Bandar Saujana Putera, Banting. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika, Musthafa Osman, 48, bermain permainan itu bersama rakannya yang juga seorang ahli perniagaan berusia 49 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata pesawat itu dikatakan mengalami masalah teknikal dan gagal dikawal rakannya sebelum terjunam dan mengenai kepala mangsa yang mencangkung di kanan rakannya itu. Beliau berkata, polis sudah merakamkan keterangan rakan mangsa yang mendakwa mempunyai 10 tahun pengalaman bermain permainan itu.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, denda atau kedua-duanya. Di IPOH, anak sulung mangsa, Ridzuan, 24, berkata bapanya yang tinggal di Seri Muda, Shah Alam, sejak awal pagi sudah bersiap untuk menyertai rakannya bermain permainan itu.
Katanya, bapanya koma selama enam jam sebelum meninggal dunia kerana kecederaan dalaman di kepala dan bengkak di bahagian otak. Berikutan kejadian itu, Rudzuan terpaksa menunda pendaftaran kemasukan ke Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur, April ini.

Musthafa meninggalkan seorang balu, Rohizah Osman, 42, dan tiga lagi anak berusia 23, 19 dan 15 tahun.

Ridzuan berkata, sebelum kejadian, bapanya tidak menunjukkan apa-apa kelainan, kecuali membeli bantal serta tilam baru.

Televisyen News

Good evening. An electrical engineer was killed in a bizarre accident after he was struck on the head by a radio-controlled plane which had gone out of control in Bandar Saujana Putra. The China-made plane, which can travel up to 200kph, struck Mus-tapha Osman on the right side of his head, causing massive bleeding.
Mustapha, 48, slipped into a coma before succumbing to his injury at Putrajaya Hospital the same day.
A group of model plane enthusiasts, who flew their planes at the same spot, said this was the first time a fatal accident was reported although there had been cases of model aircraft causing injuries. The radio-controlled plane enthusiasts call the spot the "Saujana Putra Airfield".
The owner of the "killer plane", a 49-year-old is now being investigated for causing death by negligence. The freak accident occurred about 11am when Mustapha was preparing his plane for take-off.
At the time of the incident, there were more than 20 radio-controlled aircraft enthusiasts in the area, which is next to the Elite Highway. The place is normally packed on weekends and on public holidays.
Kuala Langat police chief Superintendent Mohd Radzi Ishak said they have recorded a statement from the managing director and had confiscated his RM1,000 RC plane.
The managing director is from Petaling Jaya and was believed to have told police that because of its speed, he lost control of the plane while making a turn.

2 comments: