KUALA LUMPUR, 21 Mac- Kadar kemiskinan di negara ini membimbangkan seluruh rakyat di Malaysia. Ini kerana masih ramai penduduk di seluruh negeri masih hidup dalam keadaan serba kekurangan. Paling menyedihkan lagi, apabila rata-rata orang miskin di negara ini mempunyai ramai anak yang masih kecil dan bersekolah namun tidak mampu menampung perbelanjaan sekolah dan memakai pakaian sekolah serba kekurangan.
Dalam konteks yang lain, mereka yang hidup serba kekurangan ini, ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bahawa negeri Terengganu terletak di antara negeri keempat termiskin di negara ini. Ini bermaksud masih ramai yang dikatakan fakir miskin.
Malissa, seorang wanita berjawatan ekskutif jurutera binaan, 25 , berkata, rakyat itu sendiri perlulah ada usaha untuk meningkatkan taraf hidup sendiri.
” Kita tak perlu tunggu kerajaan melakukan sesuatu, seperti kempen, atau membina rumah-rumah kos rendah kepada orang miskin, tetapi diri sendiri itu perlu ada sikap usaha sendiri untuk bina taraf hidup mereka, sebagai contoh, pergi mencari kerja untuk meringankan beban keluarga” .
Tambah beliau, kerajaan juga perlu sentiasa mengawasi dan menghulur bantuan untuk meringankan beban mereka.
Sunday, March 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment