Tuesday, March 2, 2010

Perintah berkurung Di Chile (olahan ke televisyen/Television angling)

Polis Chile hari ni mengeluarkan perintah berkurung bagi mengawal kegiatan mencuri di kawasan yang teruk dilanda gempa. Presiden Michelle Bachelet telah menandatangani dokumen dan memberi pihak tentera kuasa menjaga keselamatan di wilayah Concepcion dan Maule dan mengumumkan perintah berkurung antara 9 malam hingga 6 pagi bagi semua pekerja bukan kecemasan. Beliau berjanji penghantaran segera makanan dan air serta memberi perlindungan kepada beribu-ribu mangsa yang kini berlindung sementara di dalam khemah di kawasan terbuka. Chile digegarkan dengan gempa bumi berukuran 8.8 skala Richter yang mengorbankan sekurang-kurangnya 708 orang dan menyebabkan kerosakan teruk 500,000 rumah setakat ini. Angka kematian di jangka meningkat memandangkan usaha- usaha menyelamat masih lagi diteruskan. Pihak berkuasa menjangkakan masih ramai penduduk yang masih tertimbus dibawah runtuhan.


MOHAMAD HAFIZ FAZRE B ABD WAHID

2009416918

1 comment:

  1. Tidak tepat olahan ini untuk Berita Televisyen, kerana dipenuhi teks. Mana visual nya?

    ReplyDelete