Tuesday, March 9, 2010

HAK KAMI TERABAI!


Shah Alam, 8 march - “kelemahan kami menjadikan mereka lebih berani untuk mengasari kami”, itulah aduan yang sering diterima oleh pihak berkuasa di seksyen tujuh di pusat komersial shah alam .Nur Amina, pelajar dalam bidang mass communication di UiTM shah alam, mengakui pernah digangu oleh sekumpulan lelaki yang melepak di kawasan perumahan kedai di seksyen tujuh, pusat komersial shah alam. Perkara ini berlaku di akibat kekurangan pengawasan oleh pihak berkuasa tambahan pula keaadaan di sekitar kawasan terbabit tidak mempunyai kelengkapan lampu jalan yang mencukupi. Kelemahan pihak berkuasa telah mengakibatkan ramai pelajar-pelajar menjadi takut untuk pulang kerumah bersendirian.

“kadang-kala kami ke café berinternet sehingga lewat malam, ini kerana signal untuk mendapatkan internet tiada di kawasan perumahan kami’ jelas nur amina. Keselamatan pelajar yang tidak mendapat kemudahan kolej yang disediakan oleh pihak UiTM amat dikesali kerana mereka lebih senang terjebak dan menjadi mangsa kepada perkara yang tidak diingini kerana tiadanya pengawasan ketat oleh pihak UiTM.

Selain itu pelajar-pelajar yang terpaksa menetap di luar merasakan diri mereka terabai oleh pihak UiTM, kerana mereka merasakan ketika sedang enak pelajar lain yang berada kolej dibuai mimpi, tetapi mereka pula terpaksa berhadapan dengan berbagai risiko yang tidak diduga yang mungkin berlaku tambahan pula keadaan di luar lebih senang terlibat dengan perkara-perkara seperti kecurian, ganguan seksual dan keselamatan mereka sewaktu ketiadaan mereka dirumah. Berbanding dengan pelajar yang mendapat kemudahan kolej, mereka lebih selamat kerana mereka di awasi oleh pengawal-pengawal keselamatan. Selain itu, pelajar yang menginap diluar merasakan mereka seperti di anak tirikan oleh pihak UiTM, ini kerana bagi pelajar yang lebih di kenali dengan “Non-Resident” yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke kelas perlu menaiki bus yang berbayar, ini amat menyukarkan mereka kerana kadang-kadang wang saku mereka tidak mencukupi, berbanding dengan pelajar di dalam kampus mereka mendapat kelebihan dengan adanya bus UiTM yang tidak perlu dibayar. Mengapakah pihak UiTM tidak menyediakan bas bagi pelajar non-resident?

Tambahan lagi bagi pelajar yang meminjam wang dari Pinjaman Tabung Pendidikan Negara(PTPTN) kadang-kadang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka di luar. Pemasalahan gejala social di luar akan lebih membimbangkan keluarga pelajar-pelajar apabila kes pelajar dicabul ketika dalam perjalanan pulang ke rumah masih lagi menjadi siasatan polis di kawasan tersebut dan penjenayah masih berleluasa.

“kami harap pihak UiTM dapat memberi kami hak yang sama seperti pelajar yang mendapat penempatan di dalam kolej ini kerana kami menjelaskan yuran dengan harga yang sama seperti pelajar lain serta kami juga mendapat pinjaman wang dengan jumlah yang sama” jelas Nur Amina lagi ketika keluar dari membuat aduan dibalai polis yang berdekatan.


Berita ditulis oleh - Nor Khadijah Abu Bakar 2009400018

No comments:

Post a Comment