LUAR NEGARA
Korban gempa Chile kini 708 orang
CONCEPCION 1 Mac – Angka kematian akibat gempa bumi di Chile meningkat kepada sekurang-kurangnya 708 orang semalam sementara pasukan penyelamat berkejar untuk mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan.
Skop bencana itu bertambah jelas di kawasan-kawasan pantai di mana penduduk yang sedang tidur mati lemas akibat ditenggelami ombak raksasa yang turut menghanyutkan rumah-rumah.
Kerajaan Chile mengenakan perintah berkurung di dua kawasan yang paling teruk terjejas, iaitu wilayah Maule di tengah negara ini serta bandar raya Concepcion dan wilayahnya.
Kebimbangan mengenai ancaman keselamatan meningkat di kedua-dua kawasan setelah polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan gerombolan pencuri.
Presiden Michelle Bachelet berkata, beliau menjangka angka kematian 708 orang itu meningkat lagi, manakala kerajaan beliau mengaku silap kerana gagal memberi amaran kepada rakyat Chile mengenai ancaman tsunami berikutan gempa bumi 8.8 pada skala Richter, awal pagi kelmarin.
Televisyen kerajaan melaporkan, lebih 300 mayat ditemui di kampung nelayan Constitucion yang dilanda ombak tsunami, meskipun laporan itu belum dapat disahkan.
Ombak raksasa menenggelami pekan dan kampung di tepi laut, menyebabkan penduduk mati lemas, menghanyutkan rumah dan meninggalkan mangsa yang terselamat dalam keadaan terkejut melihat rumpai laut melekat pada rumah mereka.
“Ombak itu tiba lalu menenggelami segala-galanya. Tingginya kira-kira enam meter,” kata Carlos Palma yang mencari apa yang tinggal daripada harta bendanya di pekan Penco.
Data rasmi daripada pakar Amerika Syarikat (AS) di Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menunjukkan, ombak tsunami terbesar setinggi 2.6 meter, tetapi walau apa pun saiznya, kemusnahan jelas kelihatan di kawasan pantai.
Ombak itu tiba tanpa amaran bagi ramai penduduk, menghanyutkan mereka ke laut dan menghancurkan segala struktur kecuali yang paling kukuh.
“Kesilapan telah dilakukan. Tentera laut melakukan kesilapan kerana tidak mengeluarkan amaran tsunami,” kata Menteri Pertahanan, Francisco Vidal.
Datuk Bandar Concepcion merayu bantuan sementara pasukan penyelamat yang dilengkapi alat pengesan haba mencari berpuluh-puluh orang yang dipercayai terperangkap di dalam sebuah blok pangsapuri 15 tingkat yang tumbang akibat gempa bumi itu. – AFP
Sumber – Utusan Malaysia
BERITA RADIO
Berita jam 12 malam, Korban gempa Chile kini 708 orang. Berita sepenuhnya, akibat gempa bumi di Chile, jumlah kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 708 orang semalam. Sepasukan penyelamat yang bertugas masih lagi berkejar mencari mangsa yang masih hidup. Menurut kerajaan Chile, Wilayah Maule serta Bandar raya Concepcion dan wilayahnya diperintah berkurung di dua kawasan yang paling teruk terjejas. Kematian dijangka akan meningkat lebih daripada 708 orang dan menurut presiden Michelle Bachelet, beliau mengaku silap kerana gagal memberi amaran kepada rakyat Chile mengenai ancaman tsunami berikutan gempa bumi 8.8 pada skala Richter.
BERITA TELEVISYEN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara berita utama 2 Mac, akibat gempa bumi di Chile, angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 708. Kerajaan Chile telah diperintah dua kawasan, Wilayah Maule serta Bandar raya Concepcion dan wilayahnya yang paling teruk terjejas berkurung. Menurut presiden Michelle Bachelet, jumlah kematian akan meningkat lebih daripada 708 dan beliau juga mengaku bersalah kerana gagal memberi amaran kepada rakyat Chile mengenai ancaman tsunami berikutan gempa bumi 8.8 pada skala Richter. Akibat kejadian ini, satu ombak raksasa telah menenggelami pekan dan kampung di tepi laut yang sekaligus menghayutkan rumah dan penduduk mati lemas meninggalkan mangsa yang terselamat dalam keadaan terkejut. Tinggi ombak itu mencecah kira-kira enam meter dan lalu menenggelami segala-galanya tanpa memberi amaran kepada penduduk.
TELEVISION NEWS
Hello and good evening. The headlines of 2nd of March, the following earthquake in Chile had caused the number of death increase to 708. The government of Chile authorized quarantine for two territories which is Maule and Concepcion and its region that had the worst damage. According to the President, Michelle Bachelet, the death proportion will increase more than 708 and he admit guilty because of the failure to give any caution to Chile’s citizen regarding to tsunami menace with earthquake of 8.8 Richter scale. On following incident, one mammoth wave had drown the villages near the shore and at the same time swap all houses and the populace drown to death by leaving the survivor in a shock. The height of the wave reached to six meter and had taken everything without giving any caution to the resident.
Pemilihan berita yang baik. Minat masyarakat dunia untuk mengetahui perkembangan terkini di Chile berterusan.
ReplyDeleteSudah dinilai
ReplyDelete