Tuesday, March 2, 2010

ATIELIA ZULKIFLI (2009880288)

ORANG RAMAI DINASIHAT AGAR TIDAK TERBURU-BURU UNTUK MENUKAR PASPORT LAMA

SEPANG, 2 Mac (Bernama) -- Orang ramai dinasihat agar tidak terburu-buru untuk menukar pasport lama mereka kepada e-pasport Malaysia versi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang mula dikeluarkan bulan lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata jabatan itu mengesan kesesakan di beberapa pejabat imigresen untuk mendapat e-pasport yang berharga RM100 untuk tempoh sah laku dua tahun dipercayai disebabkan oleh khabar angin bahawa ia hanya akan dikeluarkan untuk tempoh masa yang terhad.

"Pasport ini kerajaan dah putuskan tak akan dihentikan pengeluarannya, jadi tak payah semua berebut nak datang membanjiri pejabat-pejabat imigresen," katanya kepada pemberita di Depot Imigresen KLIA di sini Selasa bagi menyaksikan penghantaran pulang 144 pendatang asing tanpa izin ke negara asal mereka.

Abdul Rahman berkata pasport Malaysia versi lama masih boleh digunakan selagi tidak melepasi tarikh tamat tempoh.

E-pasport ICAO, yang dilancarkan 2 Feb lalu oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menjadi pilihan orang ramai kerana turut menawarkan pasport berharga RM100 untuk tempoh sah laku selama dua tahun.

Jabatan Imigresen juga mengeluarkan pasport berharga RM300 untuk tempoh sah laku selama lima tahun.

Abdul Rahman berkata sehingga 28 Feb lalu sebanyak 36,926 e-pasport ICAO dikeluarkan, iaitu 3,324 di Putrajaya, 13,608 di Kuala Lumpur dan 19,994 di Selangor.

Beliau berkata kerajaan juga melaksanakan pengeluaran pasport itu di seluruh negara secara berperingkat, bermula di Pahang pada 20 Feb lalu, diikuti dengan Kelantan dan Terengganu 27 Mac ini.

Abdul Rahman berkata semua operasi bagi permohonan pasport di Putrajaya telah dipindahkan dari Ibu Pejabat Imigresen di Presint 2 ke cawangan Presint 14 sejak 22 Feb lalu.
Sumber : BERNAMA

BERITA RADIO

Berita jam 12 malam, sumber daripada BERNAMA. Orang ramai dinasihat agar tidak terburu-buru untuk menukar pasport lama. Berita sepenuhnya. Orang ramai dinasihat agar tidak terburu-buru untuk menukar pasport lama kepada e-pasport Malaysia versi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang mula dikeluarkan bulan lepas. Saranan itu dibuat Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman. Ini kerana katanya, Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menghentikan pengeluarannya. Pasport Malaysia versi lama juga masih boleh digunakan selagi tidak melepasi tarikh tamat tempoh. Beliau berkata demikian kepada media di Depot Imigresen Lapangan Terbang KL, KLIA bagi menyaksikan penghantaran pulang 144 pendatang tanpa izin ke negara asal mereka.

BERITA TELEVISYEN

Assalamualaikum dan salam sejahterea. Antara berita utama 2 Mac, orang ramai dinasihatkan agar tidak terburu-buru untuk menukar passport lama kepada e-pasport Malaysia versi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang mula dikeluarkan bulan lepas. Saranan itu dibuat Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman. Ini kerana katanya, Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menghentikan pengeluarannya. Pasport Malaysia versi lama juga masih boleh digunakan selagi tidak melepasi tarikh tamat tempoh. Datuk Abdul Rahman juga berkata kerajaan akan melaksanakan pengeluaran pasport itu di seluruh negara secara berperingkat. Beliau berkata demikian kepada media di Depot Imigresen Lapangan Terbang KL, KLIA bagi menyaksikan penghantaran pulang 144 pendatang tanpa izin ke negara asal mereka.

TELEVISION NEWS

Hello and good evening. The headlines of 2nd of March , public are advised not to hurry to change the old passport to the Malaysian e-passport standard version International Civil Aviation Organization (ICAO), which was first released last month. Recommendation was made by General Director of Immigration Datuk Abdul Rahman Othman. This is because, he said, the Government has decided not to stop the production. The Malaysia old passport is still valid as long as it does not reaches the expiry date. Datuk Abdul Rahman also said the government will implement the passport production throughout the country gradually. He was speaking to the media at the Immigration Depot KL International Airport, KLIA to witness the return shipment of 144 illegal immigrants to their countries of origin.


3 comments:

  1. Pemilihan berita ini informasi PR. Ada pembaca ingin tahu. Namun berapa ramai sebenarnya pembaca berkaitan menilai kepentingannya.

    ReplyDelete
  2. Sila beri perhatian kepada susunan tajuk dan byline ya.

    ReplyDelete