Tuesday, March 2, 2010

Padam Lampu Untuk Jayakan Kempen Earth Hour 2010

Berita Radio

Berita jam 12 malam, Kempen Earth Hour 2010. Berita sepenuhnya

Tabung Alam Sedunia Malaysia (WWF Malaysia) menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dalam kempen Earth Hour 2010 bagi mempamerkan sokongan mereka terhadap usaha mencegah perubahan iklim. Sebagai tanda sokongan, orang ramai digesa memadamkan semua lampu dari jam 8.30 malam hingga jam 9.30 malam pada 27 Mac ini. perubahan iklam akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan liar dan alam serta kesejahteraan manusia. ribut yang kerap berlaku akan merosakkan pantai dan seterusnya memberi kesan buruk terhadap pembiakan hidupan laut itu pada masa hadapan. Lebih enam juta rakyat Malaysia menyertai Earth Hour 2009.

Berita Televisyen

Assalamualaikum dan salam sejahtera. antara paparan penting malam ini. Tabung Alam Sedunia Malaysia (WWF Malaysia) menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dalam kempen Earth Hour 2010 bagi mempamerkan sokongan mereka terhadap usaha mencegah perubahan iklim. Sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen itu, orang ramai digesa memadamkan semua lampu dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 27 Mac ini. Perubahan iklim bukan saja mengancam kesejahteraan manusia, tetapi juga hidupan liar dan alam, kata WWF-Malaysia dalam kenyataannya Selasa lalu. Perubahan iklim juga akan memberi kesan buruk terhadap kehidupan penyu, yang merupakan antara hidupan paling terancam di negara ini. Tambahan lagi ribut yang kerap berlaku berikutan perubahan iklim akan merosakkan pantai tempat penyu bertelur dan seterusnya memberi kesan buruk terhadap pembiakan hidupan laut itu pada masa akan datang. Lebih enam juta rakyat Malaysia menyertai Earth Hour 2009.


Television News

Assalamualaikum and good evening. the headlines of 2nd of March, Malaysian Universal Natural Fund (WWF Malaysia) urged all inside side by side Malaysian Earth Hour campaign 2010 to display their support on effort prevent climate change. As their sign of support on the campaign, public bucked turning all the lights off from 8.30 o'clock night to 9.30 night on this March 27. Climate change not only threaten human peace, but also wildlife and natural, said WWF-Malaysia in his statement last Tuesday. Climate change will also provide adverse impact on turtle's life, which account between most endangered life in this country. Furthermore frequent storm happened due to climate change will harm turtle place beach lay and further give adverse impact on the marine life breeding in the future. More Malaysian six million join Earth Hour 2009.



1 comment:

  1. Sudah dinilai.

    Sayang sekali tiada jauh beza dengan Kewartawanan sedangkan kita dalam Kewartawanan Penyiaran.

    ReplyDelete