Tuesday, March 9, 2010

Peminta Sedekah Ganggu Penduduk Shah Alam

SHAH ALAM : Kegiatan meminta sedekah kelihatan semakin berleluasa di sini menyebabkan penduduk sekitarnya berasa rimas.

Terdapat ramai peminta sedekah menjadikan ini sebagai satu kerja untuk mencari nafkah dengan mengambil kesempatan di kedai – kedai makan yang sentiasa di penuhi orang ramai terutamanya pada waktu makan tengahari dan malam.

Tinjauan mendapati antara lokasi yang sering menjadi tumpuan peminta sedekah ini ialah di sekitar kedai makan Seksyen 7 (lama), berhampiran kawasan perumahan Jalan Kristal.

Sejak dari awal pagi, mereka sudah bersedia di lokasi dengan membawa tisu, kalendar atau bekas untuk diiisi duit derma.

Bagaimanapun, sama ada golongan peminta sedekah ini bergerak secara sendirian atau didalangi sindiket haram, ia tidak dapat dipastikan.

Jika sindiket haram, mengapa pihak berkuasa tidak menjalankan dan menggunakan kuasa mereka untuk mengelakkan kegiatan haram ini daripada berleluasa? Jika diamati, peminta – peminta sedekah yang meminta sedekah rata – rata bukan rakyat Malaysia tetapi pendatang yang tidak diketahui asal – usul. Ada yang dari Nepal, India dan sebagainya.

Seorang pelajar, Nur Izzati Jamidi, 22 berkata, masalah peminta sedekah bagai tiada kesudahan meskipun beberapa tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa sebelum ini.

“Kita harap agar peminta – peminta sedekah ini dikenakan tindakan sewajarnya, kemudian diberi tempat perlindungan yang sepatutnya kepada mereka.

“Kita tidak mahu sekiranya masalah ini tidak dibendung, ia memberi persepsi negatif kepada pengunjung luar,” katanya.

Pengurus sebuah restoran makanan yang tidak mahu nama disiarkan, berkata pihak berkuasa dan agensi kerajaan perlu meningkatkan usaha membersihkan bandar Shah Alam daripada masalah ini.

Dia yang berada hampir setiap masa di sekitar Shah Alam juga berkata, sekiranya masalah ini dibiarkan begitu saja, ia boleh menjejaskan imej bandar Shah Alam apatah lagi kebanyakan peminta sedekah ini berada di kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

Katanya, jika pihak berkuasa melakukan operasi membanteras peminta sedekah, beliau boleh memberikan kerjasama.

NORA NUR ASIKIN AHMAD TARMIJE

2009600986



Kawasan Seksyen 7, yang sering didatangi oleh pengemis kanak – kanak merimaskan penduduk sekitar.

1 comment: