Tuesday, March 2, 2010

FATIN MOHAMAD YUNUS (2009431686)

Berita Radio

Berita Jam 1.00 tengahari, Sumber berita dari Bernama. Assalammualiakum dan salam sejahtera. Lebih 20,000 keping cakera padat video digital (DVD) cetak rompak yang dianggarkan bernilai RM200,000 dirampas di sebuah rumah teres di Taman Naga Emas, Salak Selatan di sini dalam satu serbuan semalam. Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota serta pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kira-kira pukul 3.45 petang itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada orang awam. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kuala Lumpur Osman Nawang, ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya menemui kesemua DVD cetak rompak dari jenis permainan video itu di dalam lima buah bilik rumah teres dua tingkat berkenaan.Beliau berkata siasatan awal juga mendapati sindiket itu telah bergiat aktif dalam pengedaran DVD haram sejak setahun lalu.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987, katanya lagi.


Berita Televisyen

Assalammualaikum dan salam sejahtera, bersama saya Fatin Yunus dalam bulletin utama. Lebih 20,000 keping cakera padat video digital (DVD) cetak rompak yang dianggarkan bernilai RM200,000 dirampas di sebuah rumah teres di Taman Naga Emas, Salak Selatan di sini dalam satu serbuan semalam. Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota serta pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kira-kira pukul 3.45 petang itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada orang awam. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kuala Lumpur Osman Nawang, ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya menemui kesemua DVD cetak rompak dari jenis permainan video itu di dalam lima buah bilik rumah teres dua tingkat berkenaan.Beliau berkata siasatan awal juga mendapati sindiket itu telah bergiat aktif dalam pengedaran DVD haram sejak setahun lalu.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987.

Berita Televisyen Bahasa Inggeris

Hello and Good evening. I’m Fatin Yunus in bulletin Utama.More than 20,000 digital video discs (DVDs) estimated to be worth RM200,000 were seized from a terrace house in Taman Naga Emas, Salak Selatan, here in a raid yesterday. The raid was conducted by a team from the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry about 3.45pm based on a tip-off by the public. Chief enforcement officer, Osman Nawang, went contacted said his team found the pirated DVDs of video games in five rooms of the double-storey house. Osman said no arrests were made as the occupants of the house had fled. He added that initial investigation revealed that the syndicate had been active for a year

1 comment: