SHAH ALAM, 8 Mac – Kebanjiran pendatang asing ke Shah Alam semakin membimbangkan,terutamanya kepada masyarakat setempat. Hal ini adalah amat membimbangkan kerana masalah ini boleh menjurus kepada kegiatan yang tidak diingini dan juga tidak bermoral.
Kebanyakkan pendatang-pendatang asing ini adalah dari negara Bangladesh, India dan paling ramai adalah dari Indonesia. Kebanyakkan daripada mereka yang datang kesini adalah untuk mencari rezeki.
Tetapi keadaan menjadi tidak terkawal apabila semakin hari bilangan mereka semakin bertambah dan amat membimbangkan kerana mereka sudah mula berani mengancam keselamatan penduduk setempat.
Hasil daripada tinjauan di Seksyen 16, Shah Alam, terdapat begitu ramai pendatang asing dan tidak dapat dipastikan sama ada mereka datang secara sah atau tidak. Menurut penduduk disitu, Mohd Hafiz, 22 tahun, bagi membendung masalah ini, pihak berwajib terutamanya pegawai imigresen dan pihak polia haruslah membuat tindakan pengawalan dan tangkapan kepada mereka yang datang secara tidak sah supaya masalah ini dapat diselesaiakan dengan segera.
NUR HAFIZUR RAHMAN BIN SALEH
2009844076
Monday, March 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ehem...hihihihih...tunggu berita dari aku...hahaha...
ReplyDeleteBerita ini menarik, dan ada stesyen penyiaran yang melebarkankan kawasan liputan isu ini.
ReplyDelete