Monday, March 8, 2010

Wanita Tekad Terjun Hotel Separuh Bogel

Sedang asyik bermadu kasih, seorang jururawat yang berusia 20-an tersentak dan tekad untuk terjun bangunan hotel setinggi 5 meter setelah menyedari hotel penginapannya itu telah diserbu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Ketika operasi cegah maksiat melakukan pemeriksaan di sebuah bilik, pihak mereka telah ternampak seorang wanita yang berseluar dalam dan coli yang menutup badan dengan tuala memanjat tingkap sebelum terjun untuk melarikan diri ke belakang hotel dan diikuti oleh teman lelakinya.

Pihak mereka cuba untuk memberkas pasangan terbabit tetapi gagal kerana mereka menyembunyikan diri, namun wanita terbabit berjaya ditemui setelah hampir satu jam menyembunyikan diri di dalam belukar kerana tidak mampu melarikan diri akibat kecederaan di kaki.

Pasangannya turut ditahan dan hasil pemeriksaan, kondom yang sudah digunakan dalam poket seluar lelaki berkenaan telah ditemui serta beberapa kondom yang belum digunakan.

Dalam pemeriksaan itu juga 11 pasangan kekasih turut ditahan di hotel sama dan mereka dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk laporan tangkapan.

Turut ditahan 15 pasangan kekasih atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam di kawasan Persiaran Gurney, Pantai Seagate, Queensbay dan kawasan Rehat dan Rawat Bagan Ajam dan mereka diberi notis saman.


tun mastura wan lokman
2009692418

No comments:

Post a Comment