Monday, March 8, 2010

HOBI BARU PELAJAR

SHAH ALAM, 8 MAC – Melukis, menyanyi dan bermain muzik bukan lagi menjadi pilihan utama remaja yang bergelar pelajar pada masa kini. Kini pelajar sudah berani mengaitkan apa yang di pelajari di kolej menjadi rujukan kepada minat mereka iaitu berniaga. Ekoran dengan ekonomi sekarang yang semakin tinggi, pelajar mula menjadikan hobi ini untuk menjana pendapatan seperti membuka warong makanan segera, kereta sewa, menjual produk kecantikkan dan juga melibatkan diri dalam perniagaan berunsurkan komunikasi iaitu ‘Multi Level Marketing’ (MLM).

Kebanyakkan pelajar yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan mengadakan penjualan berhampiran dengan rumah mereka serta menampal iklan – iklan mengenai perniagaan mereka dilorong- lorong. Seperti mana yang dapat kita lihat, pusat komersial menjadi salah satu tumpuan bagi para pelajar untuk melayarkan sayap mereka di bidang ini. Pusat komersial menjadi tumpuan kerana disini merupakan penempatan kebanyakkan pelajar UiTM.

Hobi ini juga boleh menjadikan salah satu peluang untuk mereka memperluaskan lagi minda dan minat untuk dijadikan satu kerjaya yang berguna di masa hadapan. Dengan peredaran masa yang begitu pantas, mereka memerlukan peluang sebegini untuk mendapatkan pengalaman. Tidak semua graduan akan mendapat peluang bekerja dan hobi berniaga ini akan lebih membantu pelajar – pelajar ini untuk meneruskan perniagaan mereka lebih meluas jika tiada peluang pekerjaan.

NUR ALYANI BT MOHD SHUKRI

2009658786

1 comment: