Tuesday, March 16, 2010

Golongan wanita sasaran peragut

SHAH ALAM, 15 Mac- Jenayah ragut di Malaysia semakin membimbangkan dengan peningkatan yang amat drastik berbanding peningkatan pada tahun lepas. Menurut Ketua Inspektor Unit Siasatan Jenyah IPK Selangor, Zulkifli bin Muhammad, golongan wanita adalah sasaran utama peragut kerana sifat fizikalnya yang lemah dan kebiasaannya kes ini melibatkan tempat yang sunyi, di kawasan bank dan di belakang-belakang bangunan.

Kecuaian orang ramai adalah salah satu punca utama yang menyebabkan berlakunya kes ragut dimana masyarakat leka dengan keadaan di sekeliling. Bagi golongan wanita, mereka tidak perlu memakai terlalu banyak barangan kemas yang dapat menaikkan ghairah peragut untuk bertindak.

Inspektor Zulkifli berkata, masyarakat khususnya wanita harus ditemani oleh rakan atau keluarga apabila berjalan di jalan yang sunyi dan harus berwaspasa ketika mengeluarkan duit dari bank.

“Pihak kami biasanya akan mengumpan peragut dengan seorang pegawai polis wanita yang berpakaian biasa, dilengkapi dengan barangan kemas serta membuat banyak rondaan di tempat yang menjadi sasaran peragut,” kata beliau.

Tambah beliau, masyarakat harus lebih berwaspada dan orang ramai disarankan agar tidak berjalan di tempat yang sunyi tanpa berteman. Melalui saranan ini, beliau berharap kes ragut dapat dikurangkan di Malaysia.


Berita ini disediakan oleh Tun Mastura Wan Lokman
VIDEO TEMUBUAL BERSAMA KETUA INSPEKTOR AKAN MENYUSUL...

1 comment: