BANGKOK: Dua butir bom tangan meletup di luar cawangan bank terbesar Thailand selepas satu perintah mahkamah dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra meningkatkan kebimbangan mengenai keselamatan.
Dua lagi bom tangan yang tidak meletup berjaya dimatikan di cawangan Bangkok Bank, kata polis sambil menambah kejadian lewat kelmarin itu tidak menyebabkan sebarang kematian atau kecederaan.
Ledakan pertama memecahkan tingkap dan pintu cawangan Bangkok Bank di Silom, daerah perniagaan di ibu negara Thailand berkenaan, kata jurucakap polis, Mejar Jeneral Piya Uthay.
Letupan kedua menyebabkan kerosakan yang hampir sama terhadap sebuah lagi cawangan bank itu di Samut Prakarn, kira-kira 30 kilometer di luar Bangkok yang turut merosakkan beberapa pondok telefon berhampiran, kata polis.
Bom tangan yang tidak meletup itu ditemui berhampiran cawangan bank berkenaan di Bangkok.
Thailand meningkatkan kawalan keselamatan selepas Mahkamah Agung terdahulu merampas AS$1.4 bilion (RM4.76 bilion) harta Thaksin. - AFP
Sumber : Berita Harian
BERITA RADIO
Berita jam 12 malam, sumber daripada Berita Harian, letupan merosakkan Bangkok Bank. Berita sepenuhnya.
Selepas perintah mahkamah dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dua butir bom tangan meletup di luar cawangan bank terbesar negara itu menyebabkan tingkap dan pintu cawangan Bangkok Bank di Silom pecah, begitu juga dengan letupan kedua mengalami kerosakkan yang hampir sama, manakala dua lagi bom berjaya dimatikan. Namun tiada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan menurut jurucakap polis, Mejar Jeneral Piya Uthay.
BERITA TELEVISYEN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara berita utama 2 March, dua bom meletup merosakkan cawangan Bangkok Bank di Silom, daerah perniagaan di ibu negara Thailand.
Dalam kejadian tersebut, letupan pertama memecahkan tingkap dan pintu, manakala letupan kedua menyebabkan kerosakan yang hampir sama terhadap sebuah lagi cawangan bank itu di Samut Prakarn, kira-kira 30 kilometer di luar Bangkok yang turut merosakkan beberapa pondok telefon berhampiran, menurut jurucakap polis, Mejar Jeneral Piya Uthay.
Sementara, dua lagi bom tangan yang tidak meletup berjaya dimatikan, kata polis sambil menambah kejadian lewat kelmarin itu tidak menyebabkan sebarang kematian atau kecederaan.
Sehubungan dengan itu, Thailand meningkatkan kawalan keselamatan selepas Mahkamah Agung terdahulu merampas AS$1.4 bilion (RM4.76 bilion) harta Thaksin.
TELEVISION NEWS
Assalamualaikum and good evenings. Among the headlines 2 March, two bombs exploded in Bangkok Bank branch damage Silom business district in the capital of Thailand.
In these cases, the first explosion broke windows and doors, while the second explosion caused damage similar to another bank branch in the Samut Prakarn, about 30 kilometers outside of Bangkok, which also damaged several nearby phone booths, according to police spokesman, Major General Piya Uthay.
Meanwhile, two more grenades that explode off successfully, police said, adding later felt the incident did not cause any death or injury. In this regard, Thailand to increase security after the Supreme Court before taking the U.S. $ 1.4 billion (RM4.76 billion) assets of Thaksin.
Pemilihan berita ini menarik. Khususnya masyarakat antarabangsa minat mengetahui perkembangan di Negeri Thai.
ReplyDeleteSudah dinilai.
ReplyDelete