Tuesday, March 2, 2010

Korban gempa Chile kini 708 orang

Korban gempa Chile kini 708 orang (artikel asal)


CONCEPCION 1 Mac – Angka kematian akibat gempa bumi di Chile meningkat kepada sekurang-kurangnya 708 orang semalam sementara pasukan penyelamat berkejar untuk mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan.

Skop bencana itu bertambah jelas di kawasan-kawasan pantai di mana penduduk yang sedang tidur mati lemas akibat ditenggelami ombak raksasa yang turut menghanyutkan rumah-rumah.

Kerajaan Chile mengenakan perintah berkurung di dua kawasan yang paling teruk terjejas, iaitu wilayah Maule di tengah negara ini serta bandar raya Concepcion dan wilayahnya.

Kebimbangan mengenai ancaman keselamatan meningkat di kedua-dua kawasan setelah polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan gerombolan pencuri.

Presiden Michelle Bachelet berkata, beliau menjangka angka kematian 708 orang itu meningkat lagi, manakala kerajaan beliau mengaku silap kerana gagal memberi amaran kepada rakyat Chile mengenai ancaman tsunami berikutan gempa bumi 8.8 pada skala Richter, awal pagi kelmarin.

Televisyen kerajaan melaporkan, lebih 300 mayat ditemui di kampung nelayan Constitucion yang dilanda ombak tsunami, meskipun laporan itu belum dapat disahkan.

Ombak raksasa menenggelami pekan dan kampung di tepi laut, menyebabkan penduduk mati lemas, menghanyutkan rumah dan meninggalkan mangsa yang terselamat dalam keadaan terkejut melihat rumpai laut melekat pada rumah mereka.

“Ombak itu tiba lalu menenggelami segala-galanya. Tingginya kira-kira enam meter,” kata Carlos Palma yang mencari apa yang tinggal daripada harta bendanya di pekan Penco.

Data rasmi daripada pakar Amerika Syarikat (AS) di Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menunjukkan, ombak tsunami terbesar setinggi 2.6 meter, tetapi walau apa pun saiznya, kemusnahan jelas kelihatan di kawasan pantai.

Ombak itu tiba tanpa amaran bagi ramai penduduk, menghanyutkan mereka ke laut dan menghancurkan segala struktur kecuali yang paling kukuh.

“Kesilapan telah dilakukan. Tentera laut melakukan kesilapan kerana tidak mengeluarkan amaran tsunami,” kata Menteri Pertahanan, Francisco Vidal.

Datuk Bandar Concepcion merayu bantuan sementara pasukan penyelamat yang dilengkapi alat pengesan haba mencari berpuluh-puluh orang yang dipercayai terperangkap di dalam sebuah blok pangsapuri 15 tingkat yang tumbang akibat gempa bumi itu. – AFP


Korban Gempa Chile Meningkat 708 Orang (olahan berita radio)

Assalamualaikum dan salam satu malaysia. Korban gempa Chile meningkat 708 orang. Berita sepenuhnya: Jumlah kematian akibat gempa bumi di Chile meningkat seramai 708 orang manakala gerakan mencari mangsa yang tertimbus masih dijalankan. Presiden Chile, Michelle Bachelet berkata, jumlah kematian mungkin meningkat lagi. Kerajaan beliau turut mengakui kesilapan memberikan amaran awal tsunami kepada rakyat berikutan gempa bumi 8.8 pada skala ritcher, awal pagi kelmarin. Menurut data rasmi pakar Amerika Syarikat di Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menunjukkan ombak tsunami adalah setinggi 2.6 meter. Sekian berita, sumber dari AFP.

Korban Gempa Chile Meningkat 708 Orang (olahan berita televisyen)

Assalamualaikum dan salam satu malaysia. Korban gempa Chile meningkat 708 orang. Berita sepenuhnya: Jumlah kematian akibat gempa bumi di Chile meningkat seramai 708 orang manakala gerakan mencari mangsa yang tertimbus masih dijalankan. Presiden Chile, Michelle Bachelet berkata, jumlah kematian mungkin meningkat lagi. Kerajaan beliau turut mengakui kesilapan memberikan amaran awal tsunami kepada rakyat berikutan gempa bumi 8.8 pada skala ritcher, awal pagi kelmarin. Menurut data rasmi pakar Amerika Syarikat di Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menunjukkan ombak tsunami adalah setinggi 2.6 meter. Kerajaan juga telah mengenakan perintah berkurung di dua kawasan yang paling terjejas teruk iaitu wilayah Maule serta bandar raya Conception. Datuk Bandar Conception juga merayu bantuan bagi rakyat Chile. Sekian berita.

The Number of Death for Chile’s Earthquake had reached to 708. (Translation of TV News)

­Assalamualaikum and a very good day. The headline for today news, the number of death for Chile’s earthquake had reached to 708, while they still keep on searching for the other missing victim. Chile’s President, Michelle Bachelet say that the number of death maybe will raise. Her government also confesses their fault that they did not announce the tsunami warning early to the society, after the earthquake of magnitude 8.8 occurred last day. According to the official data from American expert at the Hawaii Tsunami Warning Centre, the tsunami was recorded, with amplitude of up to 2.6 m high. The government also did order the confinement at Maule and Conception. The Conception Leader also please for help. Thats all.

NURUL AKMA BINTI MOHD ZIZI (2009206202)

3 comments:

  1. Pemilihan berita ini baik. Warga dunia sedang fokus peristiwa di Chile.

    ReplyDelete
  2. Sila betulkan tajuk di atas. Byline di teks ya.

    ReplyDelete
  3. Sudah dinilai.

    Tingkatkan daya olahan berita khususnya Radio, hanya selapis. Ertinya kedengaran satu suara, yakni Penyampai.

    ReplyDelete