Tuesday, March 2, 2010

LEBIH 20 000 DVD CETAK ROMPAK BERNILAI RM 200 000 DIRAMPAS

Lebih 20 Ribu DVD Cetak Rompak Bernilar RM 200 000 Dirampas

Kuala Lumpur, 1 Mac( Bernama) - Lebih 20 000 keping cakera padat video digital (DVD) cetak rompak yang dianggarkan bernilai RM200 000, dirampas disebuah rumah teres di Taman Naga Emas, Salak Selatan disini dalam satu serbuan pada hari isnin.
Serbuan yang dilakukana oleh sepasukan anggota serta pegawai Kementerian Pedagagan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kira-kira pukul 3.45 petang itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada orang awam.
Ketua Pegawai Penguatkuasa (KPDNKK) Kuala Lumpur, Osman Awang ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya menemui kesemua jenis DVD cetak rompak dari jenis permainan video itu di dalam lima buah bilik rumah teres dua tingkat berkenaan.
"Siasatan awal mendapati rumah itu telah digunakan sebagai lokasi penyimpanan dan pembungkusan DVD cetak rompak sebelum ia dipasarkan. Kita percaya, kesemua DVD itu diedarkan untuk pasaran disekitar Lembah Klang berdasarkan beberapa dokumen yang ditemui di rumah berkenaan." katanya.
Osman berkata tiada tangkapan dibuat berikutan penghuni rumah terbabit berjaya melarikan diri sebelum serbuan. "Identity suspek yang dapat meloloskan diri semasa serbuan akan dikesan melalui nombor pendaftaran sebuah kereta dan sebuah motosikal yang ditinggalkan diperkarangan rumah itu", katanya lagi.
Beliau juga berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu telah bergiat aktif dalam pengedaran DVD haram semenjak setahun yang lalu.
Kes itu disiasat mengikut Sesksyen 41 Akta Hak Cipta 1987, katanya.
Berita dipetik dari Bernama

2 comments:

  1. Pemilihan berita ini baik, namun kalangan masyarakat pembaca meminatinya secara perbandingan masih kecil.

    ReplyDelete