Showing posts with label cintahailfi abd hail. Show all posts
Showing posts with label cintahailfi abd hail. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

PELUANG BESAR REBUT SEMULA TAKHTA

Pilihan raya kecil bahagian Hulu Selangor akan diadakan pada lewat April, berikutan dengan wakil PKR Dr Zainal Abidin Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Mac lau. Beliau 71, menghidap penyakit barah otak dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka di Jalan Cheras-Kajang.

Barisan Nasional(BN) dikatakan mempunyai peluang yang cerah kerana, jika dilihat sebelum ini kerajaan BN hanya tewas sebanyak 198 undi di situ pada Pilihan Raya Umum (PRU-12) lalu dan memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 6,167 undi. Bagaimanapun, BN mesti memberi tumpuan dan menunjukkan kesungguhan serta bekerja keras untuk mencapai kejayaan, sepertimana kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

BN meletakkan Muhammad Taib Muhammad untuk bertanding bagi jawatan tersebut disebabkan kekuatan yang beliau punyai sebagai bekas Menteri Besar Selangor. Manakala Samy Vellu dengan tegasnya berusaha untuk mendapatkan kerusi parlimen dengan meletakkan orang beliau,G. Palanivel untuk mendapatkan kawasan Hulu Selangor.

Di samping itu, sistem penggiliran calon bagi Barisan Nasional adalah perlu untuk mengelakkan perselisihan faham antara komponen parti BN. Beliau menambah calon dari UMNO dilihat dapat memenuhi kehendak pengundi yang mahukan calon dari kaum Melayu. Pemilihan calon di BN di Parlimen Hulu Selangor melibatkan UMNO, MCA dan MIC yang juga menguasai kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) dibawah Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam,Kuala Kubu Baru dan Batang Kali.

Kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 52.7 peratus, kaum Cina sebanyak 26.3 peratus dan India 19.3 peratus di Hulu Selangor. PKR yang telah menerajui tampuk pemerintahan sebelum ini, dilihat sebagai parti yang tidak melakukan perubahan dan hanya mencipta isu-isu sensasi melibatkan pemimpin kawasan ini. Ini menyebabkan kelemahan PKR yang mentadbir selama 2 tahun.


Sehubungan dengan itu, pilihan raya kecil di Hulu Selangor dilihat sebagai penilaian pengundi dalam memilih pucuk pimpinan yang mereka gemari. Sesuai dengan konsep 1 Malaysia, pemilihan calon yang seiring dengan matlamat itu boleh dijadikan kayu pengukur untuk melihat kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional. Suara rakyat bakal menentukan corak kepimpinan yang akan menerajui negara kita dalam memastikan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.


*Artikel ini hanya untuk keperluan kursus BRO 538: Radio and Television News.

CINTAHAILFI HAIL
2009835124

Tuesday, March 23, 2010

Line Up Berita MC23BNEWS (TV)

Tarikh: 26 Mac 2010
Hari: Jumaat
Jam: 8.00 Malam



Berita Utama

1) Ulangtahun Pakatan Kecoh
Pakatan Rakyat/Kelab Sultan Sulaiman/Polis

2) Skandal PKFZ Sedang Giat Disiasat
PKFZ/Selangor


Berita Negeri

1) JHEAIK Ambil Keterangan Ibu Bapa
Anak bawah umur/Kahwin/Mufti

2) Pesara Maut Kereta Berlanggar Lembu Terpelanting
Pesara/Lembu/Lebuhraya Utara-Selatan

3) Maut Selepas Jatuh dari Tingkat 15
Anak berusia 3 tahun/Warga Lubnan

4) Berselindung Disebalik Bisnes Bundle
Perniagaan Bundle/Pil Kuda

5) Tekad Terjun Hotel Separuh Bogel
Jururawat/Operasi Cegah Maksiat

6) Stesen TV China Rakam Dokumentari Perak
Negeri Perak/Guangxi Television


Berita Setempat

1) Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' Akan Diteruskan Kepada Hari-Hari Biasa?
Hari Tanpa Beg Plastik/Selangor

2) Peminta Sedekah Ganggu Ketenteraman Penduduk Shah Alam
Peminta sedekah/Selangor

3) Kebanjiran Pendatang Asing Semakin Membimbangkan
Shah Alam/Pendatang Asing/Keselamatan penduduk tempatan

4) Hentikan Kebimbangan Kami
Shah Alam/Kes kecurian

5) Demi Keselamatan Kami
Padang Jawa/Selangor/Jalan berlubang

6) Rintihan Penduduk Pusat Komersial
Pusat Komersial/Shah Alam/Naik taraf padang permainan



Berita Semasa

1) UiTM - Jangan Abaikan Hak Kami
Ibrahim Ali/UiTM

2) Perkhidmatan Bas Waktu Puncak Menyesakkan
Bas UiTM/Bas RapidKL/Kawasan UiTM Shah Alam

3) Hak Kami Terabai
UiTM Shah Alam/Gejala sosial

4) Kekurangan Tempat Letak Kenderaan di UITM
UiTM Shah Alam/Tempat letak kenderaan

5) Hobi Baru PelajarUiTM
Shah Alam/Multi-level marketing



Berita Eksklusif (Laporan Khas)


1) Masyarakat Tak Kisah Maksiat
Masalah sosial/Zaleha Ismail

2) Disebalik Kebijaksanaan Pengasas Facebook
Facebook/Mark Zuckerberg



Berita Hiburan

1) Rani Mukherjee Bakal Gegarkan Terengganu
Rani Mukherjee/Produksi filem Bollywood

2) Perkahwinan Artis Hanya Seminggu
Perkahwinan dan perceraian/Natasha Hudson


Disediakan Oleh:
CINTAHAILFI HAIL
2009835124

Tuesday, March 9, 2010

Skandal PKFZ Sedang Giat Disiasat

KUALA LUMPUR- Kontroversi skandal PKFZ masih gigih disiasat ekoran penyelesaian kepada isu tersebut masih belum ditemui.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi meneruskan siasatan terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Wee telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan kemungkinan besar beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan kes itu. Beberapa nama lain juga bakal dipanggil dalam usaha untuk melengkapkan siasatan bagi kes ini.

CINTAHAILFI HAIL

2009835124

Wednesday, March 3, 2010

CINTAHAILFI ABD HAIL (2009835124)

Lebih 200,000 pencarum Perkeso terima kenaikan pencen

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan kadar pencen antara 0.6 peratus dan 11.3 peratus kepada 206,585 orang penerima pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, ketika mengumumkannya, berkata pembayaran pencen baru itu akan bermula 1 April ini.

Beliau berkata, ia adalah kadar tertinggi dalam sejarah Perkeso dan membabitkan kos tambahan RM66.4 juta setahun.
Katanya, kenaikkan itu yang berkuatkuasa 1 Januari 2008 turut mengambil kira tahap Indeks Harga Pengguna.

"Tunggakan akan dibayar dari tarikh berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008 sehingga tarikh kadar bayaran baru ini diluluskan," katanya pada majlis penyampaian pencen Perkeso di sini.

Dr Subramaniam berkata, jumlah tunggakan bayaran pencen berikutan penyelarasan bagi tempoh 1 Januari 2008 hingga 31 Mac 2010 adalah berjumlah RM142.4 juta.
Katanya, bilangan penerima seramai 206,585 orang itu membabitkan melibatkan penerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) serta orang berinsurans yang sedang menerima pencen Penakat dan Ilat dari Perkeso pada atau sebelum 31 Disember 2007.

Beliau yakin menerusi penyelarasan kadar pencen baru oleh Perkeso, ia dapat membantu meringankan bebanan penerima pencen Perkeso.


"Dari semasa ke semasa, kajian berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan penyesuaian kadar bayaran pencen dilaksanakan agar penerima faedah tersebut berada pada tahap ekonomi semasa serta dapat menampung kos sara hidup yang meningkat," katanya.

Beliau berkata, Perkeso sentiasa memainkan peranan aktif dalam menjaga kebajikan pencarumnya menerusi dua skim keselamatan sosial yang ditadbirkan olehnya iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
"Menerusi kedua-dua skim ini, Perkeso menyediakan faedah bayaran jangka panjang kepada pencarumnya yang menerima faedah hilang upaya kekal berkala dan faedah Pencen Ilat.

"Bayaran jangka panjang ini disediakan bagi memastikan kebajikan penerima kedua-dua jenis bayaran tersebut sentiasa terpelihara dan terjamin," katanya.

Pada majis itu, Dr Subramaniam turut menyampaikan faedah dan alat pemulihan kepada 25 orang penerima faedah terdiri daripada penerima faedah Hilang Upaya Sementara, Hilang Upaya Kekal dan Pencen Penakat yang membabitkan bayaran sebanyak RM365,000. - Bernama

SUMBER: BERITA HARIAN



Olahan Siaran Berita Radio

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berita jam 12 malam. Sumber Berita Harian. Perkeso naik kadar pencen tertinggi dalam sejarah. Berita selanjutnya.

Kerajaan telah mengumumkan kadar kenaikan tertinggi dalm sejarah Perkeso sebanyak 0.6 hingga 11 peratus. Seramai 206,585 penerima telah diumumkan oleh Datuk Dr S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. Penyesuaian kadar bayaran pencen ini dilaksanakan agar penerima faedah itu berada pada tahap ekonomi semasa serta membantu memelihara kebajikan penerima tersebut. Pembayaran akan mula dibuat mulai 1 April ini termasuk tunggakan berjumlah RM142.4 juta.


Olahan Siaran Berita Televisyen

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara berita utama 2 Mac, Perkeso naik kadar pencen tertinggi dalam sejarah.

Kerajaan telah menaikkan kadar kenaikan bayaran pencen tertinggi dalam sejarah Perkeso, itu antara 0.6 hingga 11.3 peratus. Seramai 206,585 penerima faedah pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah diumumkan dalam satu majlis oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Menurut beliau, pencen baru yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2008 membabitkan perbelanjaan tambahan RM66.4 juta setahun, dan pembayaran kepada semua penerima akan dibuat mulai 1 April ini termasuk tunggakan berjumlah RM142.4 juta. Kenaikan itu dilakukan berpandukan Indeks Harga Pengguna semasa.

Bilangan penerima itu membabitkan melibatkan penerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) serta orang berinsurans yang sedang menerima pencen Penakat dan Ilat dari Perkeso pada atau sebelum 31 Disember 2007.

Tambahan lagi, beliau yakin menerusi penyelarasan kadar pencen baru oleh Perkeso, ia dapat membantu meringankan bebanan penerima pencen Perkeso serta memastikan kebajikan penerima terpelihara dan terjamin.

Television News

Hello and good evening. The headline for 2nd of March, Perkeso announced highest pension rate in its history.

The Government has announced the increase of rate in pension payments between 0.6 to 11.3 per cent, which is the highest in Perkeso history. A total of 206,585 beneficiaries of pensions Social Security Organization (Perkeso) were announced in a ceremony by the Human Resources Minister, Datuk Dr S. Subramaniam.

According to the Minister, the new pension which has been around since January 1, 2008 involved additional expenditure RM66.4 million a year. Payments to all recipients will be made starting from 1 April includes arrears amounting to RM142.4 million.

The raise in the modification process is based on the Consumer Price Index. Number of recipients involves periodic payments involving recipients Permanent Disability Benefits (FHUK) and Benefit Dependent Persons (FOT) and those who were insured while receiving Invalidity pension and Penakat from Perkeso on or before December 31, 2007.

In addition, he is confident that through coordination by the new pension rates of Perkeso, these can help to ease the burden of pension recipients and thus ensure the welfare of Perkeso recipients are well taken care of.