Tuesday, March 9, 2010

Ulangtahun Pakatan Kecoh

berita sepenuhnya

Satu kekecohan berlaku semasa majlis makan malam sempena ulang tahun kedua Pakatan Rakyat (PR) di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di Kuala Lumpur malam semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 9.45 malam apabila lebih 20 anggota polis bersama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyerbu pentas ceramah ketika naib presiden PKR, Azmin Ali sedang berucap.

Pada masa yang sama dua trak FRU yang dilengkapi meriam air juga kelihatan berada di Kelab Sultan Sulaiman ini.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Turut kelihatan naib presiden PAS, Mahfuz Omar.

Ketika ditemui, pemangku Ketua Polis Dang Wangi ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis mendapati penganjur majlis itu tidak mempunyai permit untuk menyampaikan ceramah di luar bangunan.

Namun, selepas perbincangan kira-kira 15 minit, ceramah berkenaan dibenarkan diteruskan tetapi orang ramai diminta berpindah ke dalam bangunan kelab.

“Pihak polis tidak membuat sebarang tangkapan dalam kejadian itu tetapi kami tetap menempatkan anggota berkawal di luar dewan”, katanya.

Menurutnya polis dapat menghentikan ceramah di padang pada 10.45 malam. Azmin kemudiannya meneruskan ceramahnya di sebuah bilik yang sesak dengan 500 penyokong Pakatan Rakyat.

Sumber berita daripada MalaysiaKini
berita diolah dan ditulis semula oleh:

MOHAMAD HAFIZ FAZRE B ABD WAHID
2009416918

1 comment: