Tuesday, March 16, 2010

Harapan Beckham Musnah

SELANGOR, MARCH 16 - Harapan beliau musnah setelah mengalami kecederaan yang teruk, urat yang menyambungkan diantara betis dengan buku lali terputus semasa beliau sedang bermain. David Beckham bukanlah asing dalam arena bola sepak dunia. Nama beliau sering kali menjadi sebutan dan tonggak semangat di dalam pasukan England.

Harapan Beckham untuk bermain di piala dunia pada Jun nanti buat kali ke-4 juga musnah. disebabkan oleh kecederaan yang serius dan ia mengambil masa selama empat bulan untuk kembali pulih seperti biasa. Kecederaan yang dialami oleh Beckham adalah disebabkan beberapa faktor antaranya ialah usia dan juga kecederaan yang telah dialami berulang kali.

Harapan penyokong England juga turut musnah dan peluang untuk menjuarai piala dunia pada tahun ini agak tipis. Kemeriahan pasukkan England tahun in suram dengan ketiadaan pemain senior yang selama ini menjadi untuk mendapatkan semangat bagi pasukan tersebut. walaubagaimanapun, pemain simpanan yang lain masih mampu untuk menggantikan tempat Beckham.

1 comment: