Tuesday, March 16, 2010

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Bermula Bulan Ini

KUALA LUMPUR- Sasaran Malaysia untuk mencapai penembusan jalur lebar sebanyak 50 peratus atau bersamaan 3.2 juta rumah menjelang akhir tahun boleh dicapai, dan perkhidmatan runcit jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd (TM) yang akan dilancarkan tidak lama lagi, akan membantu meningkatkan kadar penggunaan.

Pada masa ini, ada 16.9 juta pengguna internet di negara ini, 30.4 juta pelanggan telefon selular dan 7.4 juta pelanggan selular generasi ketiga.Pelancaran perkhidmatan HSBB akan dilaksanakan secara berperingkat dan terbahagi kepada tiga zon.Zon 1 meliputi kawasan impak ekonomi tinggi seperti Lembah Klang, Zon 2 merupakan kawasan bandar dan separa bandar manakala Zon 3 ialah kawasan luar bandar.Projek HSBB merupakan perkongsian awam-swasta antara TM dan kerajaan, dengan TM menanggung RM8.9 bilion dan kerajaan menyumbang RM2.4 bilion bagi membiayainya.

Menurut orang ramai,inisiatif jalur lebar negara bakal menjadi pemacu proses tranformasi sosial dan ekonomi ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi serta membantu negara menjana pertumbuhan kompetitif berasaskan inovasi, kreativiti, nilai tinggi dan aliran ide bebas maklumat.

Bagi memperluas perkhidmatan jalur lebar di luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak, kerajaan akan membina banyak menara telekomunikasi dan pusat jalur lebar komuniti.Ia juga bertujuan memastikan masyarakat di luar bandar tidak ketinggalan dari arus perdana penggunaan ICT.Kerajaan juga berharap dapat mencapai penembusan jalur lebar isi rumah sebanyak 50 peratus menjelang akhir 2010 yang boleh membawa kepada sumbangan satu peratus kepada KDNK negara dan 135,000 pekerjaan baharu tahun ini.

1 comment: