Monday, March 8, 2010

Rani Mukherjee bakal gegarkan Terengganu

Rani Mukherjee


TERENGGANU: Isnin, 8 Mac 2010, sebuah produksi filem Bollywood berhasrat untuk menjadikan Terengganu sebagai sebuah lokasi penggambaran bagi filem yang dilakonkan salah seorang aktres jelita Bollywood, Rani Mukherjee. Penggambaran filem tersebut dijadualkan menjalani penggambaran awal Mei depan.

Filem yang bakal memakan masa 40 hingga 60 hari yang melibatkan 40 peratus penggambaran di Terengganu yang masih belum mempunyai judul itu, mengisahkan sepasang kekasih yang memilih destinasi berbulan madu di Terengganu yang dilakonkan oleh Rani Mukherjee manakala heronya masih belum diputuskan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, penerbit dan pengarah syarikat filem berkenaan sudah menemui pihak Kerajaan Negeri selain mereka turut dibawa ke beberapa lokasi menarik yang berpotensi untuk penggambaran filem tersebut seperti Tasik Kenyir, Tanjung Jara, Pulau Redang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan Pulau Duyong.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, penggambaran filem melibatkan negara luar itu mampu memberi peluang sangat besar dalam mempromosikan Terengganu sebagai lokasi percutian terunggul di rantau ini memandangkan filem Bollywood mempunyai peminatnya yang tersendiri.

“Kita semua tahu, filem Bollywood bukan dicetak satu atau dua salinan, malahan berpuluh-puluh ribu salinan dalam bentuk video cakera padat(VCD) dan digital cakera video(DVD) atas permintaan ramai. Ini memberi ruang dan peluang kepada kita untuk mempromosikan Terengganu kepada pasaran yang lebih luas,” katanya.

Dato’ Ahmad berkata, beliau telah melihat skrip tersebut dan juga mempunyai salinan skrip filem berkenaan. Selain itu, pelakon filem berkenaan akan menyebut Terengganu sebagai lokasi berbulan madu mereka dalam lakonan mereka nanti.

“Sudah tentu Kerajaan Negeri akan membayar sejumlah wang kepada pihak berkenaan tetapi selepas filem tersebut diedarkan ke pasaran dunia nanti,” tambahnya.

Namun kandungan filem tersebut termasuk nama-nama bintang Bollywood lain, pengarah dan nama filem ini terpaksa dirahsiakan dan hanya akan diumumkan ketika tarikh penggambaran semakin dekat. Satu sidang akhbar akan diadakan sebelum proses penggambaran dimulakan.

Sebelum ini, sebuah syarikat filem dari China turut membuat penggambaran siri drama di Pulau Perhentian, yang merupakan antara pulau yang terindah di dunia.

NURUL HIDAYAH MAT

2009686596

1 comment: