Wednesday, March 31, 2010

PELUANG BN RAMPAS KEMBALI KERUSI PARLIMEN HULU SELANGOR




SELANGOR: Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kerusi Ahli Parlimen Hulu Selangor yang kosong menjadi rebutan parti-parti politik negara ini ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak.

"BN ada peluang untuk menang. Walau bagaimanapun mesti tumpu dan tunjuk kesungguhan untuk kerja keras demi mencapai kejayaan," kata Najib di sini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn.

Teka-teki yang akan diselesaikan oleh rakyat Hulu Selangor itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April depan bakal meletakkan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat atau hanya sekadar pemimpin yang mengungkapkan janji kosong sahaja.

Sepanjang pemerintahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlaku isu-isu panas di negeri itu yang membuktikan kegagalan pakatan pembangkang memerintah dengan sempurna.


PRK Hulu Selangor bakal menyaksikan PKR akan turun ke Hulu Selangor seperti membawa 'perisai berlubang' bagi mempertahankan satu demi satu kepincangan kepimpinan parti itu yang didedahkan bekas ahli Parlimennya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, faktor itu tidak akan menjadikan BN terlalu yakin sehingga leka, sebaliknya akan terus bekerja kuat untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya kecil itu.

“Rakyat sudah dapat membuat penilaian. Mereka melihat sendiri apa yang berlaku di bawah kerajaan pakatan pembangkang termasuk di Selangor melalui pendedahan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen”.

Ini memandangkan PKR ibarat 'orang sakit' yang dihantar ke medan peperangan selepas pelbagai masalah yang berlaku. Malahan situasi PKR menjadi lebih sulit, apabila terpaksa pula mempertahankan kekalutan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekaligus membuka ruang kepada BN untuk menunjukkan kepada rakyat Hulu Selangor siapa sebenarnya lebih layak menjadi pemimpin dan kerajaan.

Pertarungan di Parlimen Hulu Selangor dilihat cukup penting bagi mengukur sejauh manakah segala kemelut politik yang berlaku melibatkan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang diterjemahkan oleh rakyat melalui undi.

Bukanlah sesuatu yang riak untuk mengatakan bahawa BN berpeluang cerah merampas kembali kerusi berkenaan selepas calonnya, Datuk G. Palanivel tewas tipis dengan 198 undi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12.




NURUL HIDAYAH MAT
2009686596

2 comments: