Tuesday, March 16, 2010

Dato Lee Chong Wei Akhiri Kemarau

Dato’ Lee Chong Wei mencipta sejarah apabila berjaya menjuarai kejohanan seluruh England selepas menewaskan pemain muda Jepun, Kenichi Tago 21-19, 21-19 dalam masa 47 minit.

Ini sekali gus menyaksikan pemain nombor satu dunia itu mencipta sejarah mengecapi gelaran pertama dalam kejohanan berprestij yang berusia 100 tahun itu.

Harapan negara di Piala Thomas, Mei depan itu melakar satu lagi sejarah peribadi. Chong Wei bukan hanya menebus maruah rakan beregu yang tewas awal, malah mencatat rekod peribadi baru kejuaraan hatrik selepas Terbuka Korea dan Malaysia, sekali gus menyapu bersih semua gelaran pada kejohanan yang disertainya di awal 2010.

Lebih istimewa, kejayaan Chong Wei muncul selepas mencatat pencapaian terbaik, tahun lalu selaku naib juara apabila tewas kepada jaguh China, Lin Dan yang tersingkir kepada rakan senegara, Bao Chun Lai pada suku akhir.

Kejayaan Chong Wei kali ini mengulangi kegemilangan dicatat Muhammad Hafiz Hashim pada 2003 yang menamatkan kemarau 36 tahun negara menjuarai perseorangan lelaki Seluruh England.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang menjuarai Kejohanan itu semasa bertitah merasmikan sidang Penggal Ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat.

MOHAMAD HAFIZ FAZRE B ABD WAHID
2009416918

1 comment: