Monday, March 8, 2010

DEMI KESELAMATAN KAMI

PADANG JAWA, 8 MAC – Gara-gara mengelak lubang yang terdapat di jalan sekitar Padang Jawa, seorang pelajar hampir ditimpa kemalangan ekoran daripada kejadian itu berhampiran Lebuhraya Persekutuan disini, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Nur Ferlina binti Abu Shaukah, 21 berkata “ Akibat ingin mengelak lubang semasa memandu, kereta saya hampir diluar kawalan.Saya bersyukur kerana terselamat daripada kemalangan. Di samping itu, saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengatasi masalah kerosakan jalan raya.”

Ferlina berkata masalah kerosakan jalan raya itu sudah lama berlarutan sejak sekian lama beliau menyewa rumah disekitar Padang Jawa. Setiap hari, beliau terpaksa melalui jalan yang sama bagi menghadiri kuliah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Menurutnya, masalah kerosakan jalan raya terbabit ternyata menyulitkan kehidupan harian memandangkan penduduk di kawasan itu senantiasa berulang alik untuk ke tempat kerja.

“Justeru, saya dan penduduk di kawasan ini berharap supaya kami tidak lagi dibelenggu masalah ini dalam jangka masa yang lebih lama.” katanya lagi.
Sebelum ini, terdapat kemalangan berlaku berdekatan simpang ke Lebuhraya Persekutuan yang membabitkan dua motosikal.

Menurut Menteri di Jabatan Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, pihaknya tidak pernah mangabaikan tanggungjawab dalam menambahbaikan jalan raya di sekitar Selangor. Di harap pengguna jalan raya akan lebih berwaspada ketika menggunakan jalan raya.Permasalahan ini tidak perlu dikhuatiri kerana pihak Kementerian Jabatan Kerja Raya akan mengambil tindakan secepat mungkin. Para pemandu juga dinasihatkan agar lebih berhati ketika memandu dan mematuhi etika jalan raya.


NUR FARIHAH BINTI MOHD SHAIB
2009848554

1 comment: