Monday, March 8, 2010

RINTIHAN PENDUDUK PUSAT KOMERSIAL

Sambungan dari muka sebelumnya...


SHAH ALAM, 8 MAC- Penduduk yang tinggal di kawasan Pusat Komersial di sini memohon pihak berwajib mengambil tindakan segera menggantikan kemudahan taman permainan yang terdapat di sini. Kebanyakan kemudahan permainan yang sedia ada sudah rosak dan berkarat serta berbahaya kepada kanak-kanak. Ekoran perkara ini, seorang kanak-kanak telah mengalami kecederaan di kaki akibat kecuaian pihak-pihak yang berwajib.

Menurut wakil penduduk, Puan Hamidah Wahab, “Taman permainan merupakan tempat beriadah bagi penduduk terutama kanak-kanak di kawasan ini.” Menurutnya, sudah tiba masanya kemudahan di taman permainan ini dinaik taraf sebagaimana yang terdapat di taman perumahan lain. Beliau menambah, kemudahan riadah seumpama ini penting untuk memastikan penduduk mengamalkan gaya hidup sihat ke arah mengekalkan kesihatan yang baik.

Sekiranya kemudahan taman permainan di kawasan ini dinaik taraf sudah pasti dapat memberikan keselesaan kepada kanak-kanak untuk bermain dan secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko kejadian tidak diingini seperti yang telah terjadi kepada kanak-kanak terbabit.

Sehubungan dengan ini, beliau berharap permohonan pihak berwajib untuk membaiki dan menaik taraf kemudahan di taman permainan ini dapat dipertimbangkan dengan segera. “Kerjasama diberikan amat dihargai penduduk memandangkan taman permainan yang selesa dan selamat sememangnya diperlukan di setiap kawasan perumahan,” jelasnya.


Berita ditulis oleh -Norena Bt Abdul Karim Zamri 2009400786

1 comment: