Tuesday, March 9, 2010

Maut selepas jatuh dari tingkat 15

Lokasi kejadian, Apartment Plaza Prima, Kepong



Kuala Lumpur, 8 Mac- Seorang kanak-kanak disahkan maut apabila dipercayai terjatuh daripada tingkat 15 rumahnya. Kejadian dilaporkan berlaku di Apartment Plaza Prima, Kepong pada petang Isnin tadi. Ketika kejadian, ibu mangsa tidak menyedari kejadian ini berlaku kerana sedang membasuh kain.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan bahawa kanak-kanak malang berkenaan,Mona Lisa Kahder Safwan, 3, meninggal dunia di Hospital Selayang selepas di masukkan ke dalam wad kecemasan. Beliau mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai mati mengejut sehingga siasatan lanjut selesai dijalankan.

Anak kepada pasangan suami isteri warga Lubnan dan Indonesia ini dikatakan nazak selepas melayang dari tingkat 15 rumahnya dan jatuh di atas bonet kereta ketika kejadian berlaku. Kanak-kanak itu dipercayai baru sahaja terbangun daripada tidur, dan terjatuh daripada tingkap bilik tidurnya yang dipercayai tidak mempunyai jeriji besi.


Seorang peniaga nasi lemak yang mahu dikenali sebagai Siah, 30-an, dia dikatakan ternampak satu benda melayang dan terjatuh di atas bonet kereta di tempat letak kereta apartment itu. Sebaik saja terlihat kejadian itu, dia terkejut kerana mendapati bahawa benda yang dikatakan terjatuh itu adalah seorang kanak-kanak perempuan.


SITI NABILA ISMAIL(2009845662)


2 comments:

  1. Gambar untuk tatapan En Zubli... untuk asgment....

    ReplyDelete
  2. Sudah dinilai.

    Bonus untuk Anda letak gambar.

    ReplyDelete