Monday, March 15, 2010

Kumpulan pecah rumah ditahan

AMPANG: Polis menumpaskan Geng ‘Botak’ dengan memberkas tiga anggota termasuk ketua kumpulan terbabit yang dipercayai aktif dalam kegiatan pecah rumah di sekitar Ampang, Cheras dan Kajang dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Pasar, Pudu dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 38 dan 55 tahun itu ditahan sepasukan polis dalam serbuan kira-kira jam 6.15 petang hasil maklumat awam dan risikan.

“Ketika serbuan dilakukan, semua suspek termasuk ketuanya yang dikenali sebagai ‘Botak’ sedang menyusun barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah pecah rumah. “Katanya, pemeriksaan ke atas kediaman terbabit, polis menemui pelbagai barangan elektrik serta dokumen berharga bernilai hampir RM200,000 serta peralatan pecah rumah.

Abdul Jalil berkata, siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan dikategorikan sebagai penjenayah tegar, dengan dua daripada suspek turut berada dalam senarai individu dikehendaki atas kesalahan memiliki senjata api. Semua suspek ditahan reman tiga hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan

berita susulan....


NUR ALYANI BT MOHD SHUKRI
2009658786


No comments:

Post a Comment