Friday, April 2, 2010

PR Yakin Pertahan Hulu Selangor


SELANGOR: Pakatan Rakyat (PR) dijangka mempunyai peluang untuk mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 25 April ini.


Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak 24 Mac lalu. Allahyarham memenangi kerusi itu setelah mengalahkan Palanivel dengan majoriti 198 undi pada pilihan raya umum 2008.


Menurut bendahari Pas Pusat, Dr Hatta Ramli, kemungkinan PR mengekalkan kerusi itu amat tinggi jika calon yang bertanding mempunyai aura tersendiri seperti Allahyarham.


"Sejak merdeka PAS tidak pernah tidak bertanding di kerusi ini tapi tidak pernah menang. Tapi pada 2008 Datuk Zainal berjaya buat keputusan upset dengan mengalahkan G Palanivel. Tiada orang yang boleh buat sebelum ini, tapi Datuk Zainal boleh buat," katanya.

Walaupun PR hanya memenangi kerusi parlimen ini pada pilihan raya 2008 sahaja, namun, sejarah lama tidak akan menjamin corak pemilihan penduduk kawasan ini dalam memilih calon merka.


Mengikut sejarah, sebelum ini, kerusi parlimen Hulu Selangor memang menjadi kubu kuat Barisan Nasional sejak dahulu lagi. G Panlanivel memenangi kerusi itu pada 1999 dan 2004, namun kalah pada 2008. keadaan itu menampakkan yang rakyat Hulu Selangor mula menolak BN dan MIC.


Dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan terhadap kerajaan sekarang, kemungkinan PR menang di P094 amat cerah. Isu APCO boleh merubah undi pada pilihanraya kecil ini. Isu ini dianggap sangat berpengaruh, berprofil tinggi kerana ia berkaitan dengan ideologi sesebuah kerajaan, selain ia mungkin berkaitan dengan Israel. Selain itu, Selangor juga berjaya mengurangkan hutang yang ditanggung kerajaan negeri, selepas PR mentadbir selama 2 tahun. Pemberian air secara percuma kepada rakyat Selangor turut menguatkan PR dimata rakyat Selangor.


Kempen "Selamatkan Malaysia - Tolak Konspirasi Kedua"yang digunakan dalam pilihan raya kecil ini dijagka dapat meraih undi penduduk Hulu Selangor. “Jadi kami sudah bergerak dan mengadakan gerak kerja dari awal-awal lagi. Oleh itu saya lihat tiada masalah untuk menghadapi pilihan raya kecil ini apabila diadakan,” kata Pengerusi Pilihanraya PKR Selangor, Abdullah Sani. Abdullah berkata satu urusetia khas telah ditubuhkan untuk menguruskan Pusat Khidmat Hulu Selangor.


Selain itu, kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, kontrak kapal selam Scorpene, rasuah, pembinaan rumah RM24 juta milik pemimpin Umno turut memberi kesan kepada BN. Mereka dilihat terdesak untuk mencari calon sesuai agar keputusan pilihan raya 2008 tidak berulang.


kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gembira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai. UMNO dan MIC ingin menghantar calon masing- masing, bagi mewakili BN dalam pilihan raya itu. UMNO mahu meletakkan calon melayu, manakala Dato Seri S. Samy Vellu mencadangkan supaya Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel mewakili BN untuk bertanding bagi kerusi berkenaan. Perebutan kerusi antara UMNO dan MIC ini juga akan memberi kelebihan kepada PR. Kemenangan Dato. Seri Dr Chua yang mempunyai skandal seks sebagai presiden MCA juga boleh menurunkan kredibiliti BN dalam pilihan raya ini.


Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,593 pengundi, dimana 53.9% terdiri daripada kaum Melayu, diikuti dengan kaum Cina dengan 26.7%, kaum India dengan 19%, dan lain- lain dengan 0.4% . pada pilihan raya 2008, Allahyarham Dr. Zainal Abidin Ahmad mendapat 23,177 undi, menewaskan G.Palanivel yang mendapat 22,979 undi.


Secara keseluruhannya, boleh dikatakan, penentu kemenangan di parlimen Hulu Selangor akan terletak pada calon yang bertanding. PR akan menamakan calon yang sesuai agar mengekalkan kerusi ini dan tidak jatuh ke tangan BN.


Nama yang disebut – sebut bukan calang- calang orang. Antaranya penyelaras PR, Dato Zaid Ibrahim dan Shamsul Iskandar Md Akin . Selain Zaid dan Shamsul, turut disebut-sebut ialah penceramah popular, Badrul Amin, presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud, bekas setiausaha akhbar Anwar, Khalid Jaafar, dan aktivis peguam, N Surendran. Salah seorang dari merekalah yang akan berjuang mengekalkan kerusi Hulu Selangor ini kepada PR.


* Artikel ini hanya ditulis bagi memenuhi tugas didalam kursus Berita radio dan Televisyen


MOHAMAD HAFIZ FAZRE B ABD WAHID

2009416918

No comments:

Post a Comment