Saturday, April 10, 2010

BN CUMA MENABUR JANJI, PKR MENUNAIKAN JANJI DITABUR


SELANGOR 10 APRIL :Pilihan raya kecil yang akan berlangsug pada 25 april ini telah menimbulkan berbagai isu yang telah dikaitkan oleh pelbagai pihak. Janji-janji manis Barisan Nasional masih tidak di tunaikan hingga kini, malah sekarang barisan nasional telah mengambil keputusan yang sangat berani untuk meletakkan calon MIC untuk menarik hati penduduk sedangkan kita semua tahu bahawa di huku sekangor merupakan penempatan yang dimonopoli oleh penduduk bebangsa melayu.


Bila dikaitkan denagn janji manis BN Seramai 67 bekas Peneroka Felda Sungai Buaya, dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bangkit menuntut hak mereka yang dinafikan sejak 13 tahun lalu oleh Felda dan kerajaan BN di era Khir Toyo.Peneroka tersebut sebelum ini dijanjikan RM1 juta menerusi sebuah projek pembangunan di kawasan itu.Sungguh banyak wang BN untuk memberi wang berjuta ringgit kepada semua penduduk, menurut Arifin Shamsudin, 74, salah seorang dari peneroka itu memberitahu, selama ini mereka tertipu dengan janji manis yang ditabur kerajaan negeri di era pemerintahan BN. Paling malang katanya, mereka yang datang menawarkan habuan itu adalah daripada kalangan Melayu sendiri yang kononnya membela nasib Melayu tetapi kini lepas tangan dan membiarkan peneroka terus tertindas.


“Perjanjian mereka semua tak betul. Saya dijanjikan RM1 juta daripada penjualan tanah seluas 8 ekar.Mengulas isu sama, waris peneroka, Kamaruddin Jantan, 62, pula berkata, isu tersebut kerap kali bangkitkan oleh mereka terutamanya selepas menyedari wujudnya penipuan.Bagi Isteri kepada salah seorang bekas peneroka yang telah meninggal dunia, Siti Mariam Ahmad, 68, pula berkata, beliau dinafikan hak sebagai jutawan selepas suaminya meninggal dunia akibat sikap cuai pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap mereka.Menurutnya, kini dia terpaksa berniaga sendiri bagi menyara kehidupannya bersama dua anaknya.


“Saya berniaga kecil-kecilan dan hanya memperoleh pendapatan kurang RM400 sebulan dan ia tidak menentu kerana bergantung kepada tahap kesihatan saya.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas janji-janji pilihan raya yang ditaburkan oleh BN bagi merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor tetapi seringkali tidak mengotakannya."Jangan menipu rakyat Selangor. Penyanggak tidak ada urusan di negeri ini,” bidasnya.



Abdul Khalid, yang juga ketua PKR selangor mencabar BN untuk terus menaburkan lebih banyak janji kepada pengundi di Hulu Selangor menjelang hari pengundian 25 April ini."Kita alu-alukan RM2 juta yang mereka akan curahkan di kampung-kampung di Hulu Selangor. Lagipun duit itu adalah hak kita sebagai pembayar cukai. Saya juga cabar mereka untuk membina universiti di sini."Kerajaan negeri akan carikan tanah yang sesuai dan memberi kepada mereka dengan harga premium yang rendah. Mereka boleh namakan universiti apa-apa sahaja yang disukai, Universiti BN atau Universiti 1Malaysia...asalkan mereka mengotakan janji-janji mereka,” katanya selepas sesi turun padang di SKC Bernam, Hulu Selangor petang tadi.


Seperti mana yang kita tahu BN sekarang sudah berani untuk memberi kerusi kepada ahli MIC untuk bertanding, seperti mana yang kita tahu PKR ini adalah wajar direbut oleh orang berbangsa melayu. bukan ingin bersifat perkauman, tetapi bagi say sedangkan janji yang dahulu pun tidak tertunai inikan pula janji yang ingin ditabur oleh orang bukan melayu. Sistem kuota yang diamalkan oleh Barisan Nasional dalam pembahagian kerusi berkemungkinan menjejaskan peluangnya untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor.Kawasan Parlimen tersebut didominasi oleh penduduk Melayu yang merangkumi hampir 54 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 63,000 orang, diikuti oleh pengundi Cina (26.7 peratus) dan India (19 peratus).



Pada PRU 2008 Zainal Abidin mengalahkan Palanivel dengan majoriti tipis sebanyak 198 undi. Beliau mendapat 23,177 undi berbanding Palanivel yang memperolehi 22,979 undi.Samada Umno atau BN tidak berani mengakui bahawa kekalahan kerusi itu disebabkan undi protes pengundi Melayu terhadap Umno yang ketika itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ketidakpuasan hati terhadap calon India yang dipilih.Demonstrasi besar-besaran oleh pertubuhan haram, Hindraf yang mendakwa penindasan ke atas kaum India serta reaksi MIC telah menyebabkan kemarahan orang Melayu. Akibatnya majoriti calon MIC termasuk Samy Vellu, kecundang dalam pilihan raya," kata beliau lagi. kelompok Melayu yang tidak berpuas hati tersebut mungkin telah kembali menyokong Umno di bawah Najib seperti mana yang dicanangkan oleh parti itu.Persoalannya adakah mereka akan mengundi BN di Hulu Selangor sekiranya gagasan itu masih diwakili oleh MIC?BN kalah kerusi tersebut pada PRU 2008 disebabkan protes oleh penyokong Umno.Mereka juga bencikan pentadbiran Abdullah dan terguris akibat protes kaum India pada 2007.



sementara meletakkan calon MIC mungkin dilihat selari dengan semangat BN dan untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri dikalangan kaum India, langkah ini dianggap amat payah untuk meyakinkan pengundi Melayu dan Cina untuk menyokong calon kaum India yang berkemungkinan gagal untuk memobilisasi sokongan dari komunitinya sendiri


NOR KHADIJAH BT ABU BAKAR
2009400018

No comments:

Post a Comment