Sunday, April 4, 2010

Kembalikan Kerusi Parlimen Hulu Selangor ke Pangkuan Umno

Setelah hampir 51 tahun beralah dalam isu ini, eloklah dikembalikan kerusi parlimen Hulu Selangor kepada UMNO.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkata, beliau percaya suasana dan senario semasa di kawasan parlimen itu telah berubah berbanding keadaan pilihan raya umum Mac 2008.

"BN ada peluang untuk menang. Walau bagaimanapun mesti tumpu dan tunjuk kesungguhan untuk kerja keras demi mencapai kejayaan," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn.

Selain itu, Hulu Selangor di bawah naungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini telah menunjukkan kegagalan memerintah dengan sempurna. Hal ini mendorong, rakyat di Hulu Selangor sendiri mahukan UMNO kembali berkuasa disitu.

Pilihan raya kecil di Hulu Selangor diadakan berilutan kematian wakil daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

* Artikel ini hanya ditulis bagi memenuhi tugas didalam kursus Berita radio dan Televisyen

Nora Nur Asikin
2009600986

No comments:

Post a Comment