Sunday, April 4, 2010

BN BAKAL MEMONOPOLI KEMBALI PARLIMEN HULU SELANGOR




SELANGOR, 3 APRIL – Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor telah ditetapkan pada 17 April dan tarikh penggundiannya adalah pada 25 April berdasarkan perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.



Calon utama Barisan Nasional dipilih mengikut kriteria pilihan pengundi bagi memastikan kemenangan pilihan raya kali ini berpihak kepada Barisan Nasional. Terdahulu, kerusi Parlimen Hulu Selangor disandang oleh Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menewaskan G. Palanivel dengan majoriti 198 undi pada Pilihan Raya Umum ke_12. Namun, ianya kosong berikutan kematian penyandangnya disebabkan barah otak 25 Mac yang lalu.



Berdasarkan Bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd. Rahman berkata, sistem penggiliran calon bagi Barisan Nasional adalah perlu untuk mengelakkan perselisihan faham antara komponen parti BN. Beliau menambah calon dari UMNO dilihat dapat memenuhi kehendak pengundi yang mahukan calon dari kaum Melayu. Pemilihan calon di BN di Parlimen Hulu Selangor melibatkan UMNO, MCA dan MIC yang juga menguasai kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) dibawah Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam,Kuala Kubu Baru dan Batang Kali.



Kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 52.7 peratus, kaum Cina sebanyak 26.3 peratus dan India 19.3 peratus di Hulu Selangor. PKR yang telah menerajui tampuk pemerintahan sebelum ini, dilihat sebagai parti yang tidak melakukan perubahan dan hanya mencipta isu-isu sensasi melibatkan pemimpin kawasan ini. Ini menyebabkan kelemahan PKR yang mentadbir selama 2 tahun.




Berikutan dengan itu, pilihan raya kecil di Hulu Selangor dilihat sebagai penilaian pengundi-pengundi dalam memilihkan pemimpin mereka. Pemilihan calon selaras dengan konsep 1 Malaysia dan boleh dijadikan kayu pengukur untuk melihat kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional. Rakyat dapat menilai sesuatu yang mereka mahukan sebagai pemimpin dan pilihan itu adalah berdasarkan suara rakyat.





Disediakan oleh:



NUR FARIHAH BINTI MOHD SHAIB



2009848554







No comments:

Post a Comment