Sunday, April 4, 2010

Pakatan Rakyat Yakin Takluk Hulu Selangor

SHAH ALAM, 4 April: Para pemimpin Pakatan Rakyat yakin bahawa mereka akan menakluki kerusi parlimen P 094 Hulu Selangor dan seterusnya terus kekal berada di tangan mereka. Ini berdasarkan beberapa faktor yang dianggap sebagai ‘senjata’ utama yang membawa kepada kemenangan mereka kali ini.

Faktor-faktor itu adalah kewibawaan pentadbiran kerajaan PR di Selangor, karisma calon PR yang bertanding, dan peranan dan tanggungjawab media baru yang semakin berpengaruh. Ini terbukti apabila sepanjang dua tahun memerintah Selangor, banyak pelaburan yang telah dibawa oleh mereka seterusnya menjana ekonomi Selangor. Selain itu, banyak-banyak hutang telah berjaya dikutip. Justeru itu, adalah penting untuk PR menyalurkan maklumat sebegini kepada rakyat di peringkat akar umbi kawasan Hulu Selangor. "Jentera harus digemblengkan bagi memastikan maklumat yang luas mengenai kejayaan kerajaan Selangor diperoleh rakyat di kawasan itu," demikian menurut Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Mahfuz Omar.

Kredibiliti calon yang bertanding juga menjadi satu faktor yang meyakinkan PR bahawa mereka akan mengekalkan pemerintahan mereka. Ini kerana, calon yang dipilih adalah berkaliber dan bertanggungjawab serta berwajah baru serta matang. Selain itu, factor yang dianggap sebagai senjata paling utama ialah peranan media baru yang semakin berpengaruh serta sering menjadi tumpuaan masyarakat. Antara media baru itu ialah Internet yang menjadi satu kuasa penentu yang jitu serta tepat. Golongan muda antaranya menjadi sasaran utama untuk meraih undi pada pilihanraya kali ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan bermula pada 17 April unutk penamaan calon dan diteruskan pula dengan tarikh pembuangan undi pula ialah pada 25 April. Kesemua tarikh ini telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini menyediakan ruang sebanyak seminggu kepada kesemua calon untuk berkempen. Pilihan raya kecil pertama pada tahun ini diadakan akibat daripada kematian penyandang terdahulu, Datuk Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak pada 24 Mac yang lalu.

*artikel ini hanyalah untuk keperluan kursus BRO 538 Radio and Television News.

Nur Hafizur Rahman B Saleh

2009844076

mc23s4b

No comments:

Post a Comment