Monday, April 5, 2010

Barisan Nasional (BN) Mempunyai Peluang Cerah Merampas Kerusi Parlimen Hulu Selangor

SHAH ALAM, 4 April: Spekulasi pilihan raya kecil membabitkan kerusi Parlimen Hulu Selangor sebenarnya sudah lama kedengaran, sejak pertengahan tahun lalu. Walaubagaimanapun, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yakin, Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kali ini.

Ini kerana, kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Selangor merupakan faktor utama yang boleh dijadikan pemangkin kepada kemenangan tersebut. Perkara ini boleh dilihat sejak pakatan pembangkang mengambil alih tampuk kepimpinan negeri Selangor, tiada sebarang pembangunan fizikal dilakukan sebaliknya hanya meneruskan pembangunan yang dibawa kerajaan BN.

Menurut kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, pendedahan masalah dalaman kerajaan pakatan pembangkang oleh empat Ahli Parlimen Bebas iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zukifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) turut boleh menjadi faktor kepada kemenangan Barisan Nasional (BN).

Pendedahan itu merupakan aspek penting bagi pilihan raya kecil kali ini kerana ia memberi gambaran jelas kepada rakyat khususnya Parlimen Hulu Selangor terhadap kelemahan pembangkang memerintah sesebuah negeri.

Barisan Nasional(BN) dikatakan mempunyai peluang yang cerah kerana, jika dilihat sebelum ini kerajaan BN hanya tewas sebanyak 198 undi di situ pada Pilihan Raya Umum (PRU-12) lalu dan memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 6,167 undi. Bagaimanapun, BN mesti memberi tumpuan dan menunjukkan kesungguhan serta bekerja keras untuk mencapai kejayaan, sepertimana kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang menjadi isu hangat pada kali ini diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

ATIELIA ZULKIFLI
2009880288

No comments:

Post a Comment