Saturday, April 24, 2010

PKR Mampu Kekalkan Pemerintahan di Hulu Selangor



Banyak pihak yang membuat percaturan tentang pilihan raya Hulu Selangor yang akan berlangsung tidak lama lagi. Adakah pemerintahan akan kekal dia bawah PKR atau akan beralih ke parti lain.

Pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak .

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

BN telah menamakan Ketua Penerangannya P. Kamalanathan, 44, sebagai calonnya bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor yang ia tewas kepada PKR pada pilihan raya umum 2008.

PKR pula menamakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, 59, anak kelahiran Kelantan sebagai calonnya.

Selain BN dan PKR, dua orang calon Bebas sebelum ini telah menyatakan akan menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, iaitu bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor VS Chandran, 56, dan ahli perniagaan Johan Mohd Diah, 31.

Jika dilihat pilihanraya yang lepas, pada tahun 2008, mengikut laporan sebelum ini ada menyatakn bahawa PKR menang tipis hanya berikutan jumlah penduduk melayu yang lebih ramai daripada India, dikatakan punca kekalahan BN. Jika betul tanggapan ini, adakah BN akan kalah sekali lagi pada pilihanraya kali ini kerana menamakan calon berbangsa India juga.

Perbezaan bangsa tidak menjadi persoalan di sini kerana jumlah undian pada pilihanraya lepas tidak banyak beza. Penduduk mahukan pemimpin yang boleh membantu mereka dan membangunkan kawasan mereka. Keselesaan adalah perkara utama di dalam sesebuah kawasan dan pemerintah harus peka dengan masalah-masalah yang timbul di sekitar kawasan.

Kepercayaan adalah perkara yang paling penting dalam pilihanraya. Rakyat sudah semakin bijak membuat keputusan. Rakyat mahukan pemerintah yang boleh mengembalikan dan memberi kabaikan atau faedah kepada mereka. Tidak hairanlah kalau PKR menang pilihanraya Hulu Selangor kerana melihat kapada Pilihanraya Umum yang lepas, rakyat sudah mula hilang kepercayaan terhadap parti Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment