Friday, April 2, 2010

'denyut sebenar nadi' rakyat hulu selangor P94.

Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji kehendak dan suara hati pengundi akan menjadi kriteria utama bagi memilih calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor .Kriteria itu penting bagi menjamin kemenangan BN sekali gus merampas semula kerusi Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Denyut nadi dan kenal pasti kehendak penduduk tempatan kerana kerajaan sentiasa menekankan supaya rakyat didahulukan termasuk dalam isu pemilihan calon .Beliau juga akan mengkaji sama ada BN bersedia untuk meletakkan calon daripada UMNO seperti yang dikehendaki oleh majoriti pengundi di kawasan tersebut.

Orang Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan Hulu Selangor iaitu sebanyak 53 peratus, pengundi Cina 27 peratus dan India 19 peratus. Sabtu lalu, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu telah menamakan timbalannya, Datuk G. Palanivel sebagai calon parti itu bagi mewakili BN.Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak Khamis lalu.Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Allahyarham memenangi kerusi itu dengan majoriti 198 undi menewaskan Palanivel.

Barisan Nasional atau UMNO mempunyai kekuatan yang luar biasa terutama UMNO dilihat mempunyai hak besar mempertahankan perkara penting berkaitan hak istimewa orang melayu seperti termaktub dalam artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Selain itu, di Selangor semenjak Pakatan Rakyat mengambila alih tampuk pemerintahan pelbagai kes dan cerita kurang menarik didengari dan dijadikan bahan untuk masyarakat setempat menilai kredebiliti dan kemampuan pakatan rakyat untuk membela nasib mereka.Antara masalah yang timbul didalam pakatan rakyat di selangor ialah Setiausaha Sulit Khalid Ibrahim meletak jawatan, Kisah Penternakan Babi secara moden dan besar-besaran, Perlantikan bukan melayu sebagai salah seorang orang kuat di PKNS,adun PKR Elizabeth Wong dengan koleksi gambar lucah beliau,kes Kematian Teoh Beng Hock di bangunan SPRM, Isu Kul di seksyen 18 Shah Alam,Bantahan penggunaan nama 'ALLAH' direstui oleh Khalid Gereja dan akhir sekali kes Isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan.

Dengan semua kes-kes tersebut sudah cukup menggambarkan rakyat di hulu selangor mahukan perubahan selaras dengn konsep kerajaan iaitu 1Malaysia rakyat didahulukukan dan pencapaian diutamakan.Ini juga dijadikan platform yang terbaik untuk kerajaan mengukur sejauh mana penerimaan masayarakat tentang konsep tersebut selain dari cara untuk menghadapai pilihanraya umum yang ke-13 yang mungkin bakal berlangsung pada 2011 nanti.

mohamad izzat bin ismail
2009219192

No comments:

Post a Comment